Berikutan kehilangan kuasa dek majoriti yang suatu masa dipegangnya telah beralih dan ditambah pula kerana kemaruk kuasa, pemimpin pembangkang yang dahulunya berstatus kerajaan kini bersikap umpama ‘orang gila talak’ mencanang seantero dunia mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, seolah-olah menidakkan keputusan dan peranan DYMM Sultan Perak.
Rakyat masih ingat kata-kata Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin ketika Ahli DUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim beralih arah sebentar kepada Pkr (kini kembali kepada UMNO), lantas segala pujian diucapkannya dan tidak perlunya Datuk Nasarudin mengosongkan kerusinya.
Tetapi, apabila dua wakil rakyat dari Pkr dan seorang daripada Dap isytihar keluar parti menjadi bebas serta memberi komitmen menyokong Barisan Nasional (BN) maka gegak gempitalah mereka berkata bahawa lompat parti perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan perlu dikosongkan kerusi mereka walhal tindakan ketiga-tiga individu terbabit kerana tiada lagi keyakinan terhadap kepimpinan Nizar, ketika itu sebagai Menteri Besar (MB).
Ketika itu, dalam bahasa matematik mudahnya, pakatan antara parti Dap, Pas dan Pkr hanya tinggal 28 kerusi di DUN Perak dan BN pula menjadi majoriti daripada 28 kepada 31, hasil campur tiga wakil bebas yang menyokong BN.
Ketika itu jugalah, walaupun sentiasa menafikan tetapi tindakan Nizar jelas membelakangi keputusan bijaksana daripada DYMM Sultan Perak yang meminta Nizar dan barisan Exconya meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri kerana hilang keyakinan majoriti ahli DUN dengan membawa isu ini ke Mahkamah Tinggi.
Sebenarnya, tindakan mereka membawa ke mahkamah juga sebagai alasan untuk melengah-lengahkan sidang DUN kerana jika sidang dewan tidak dibuat sebelum 13 Mei, maka DUN akan sendirinya akan terbubar.
Seboleh-bolehnya pakatan pembangkang di Perak yang dimonopoli oleh Dap dan diikuti segala cakapnya oleh Pas dan Pkr tidak mahu sidang dewan diadakan kerana mereka percaya kini di pihak minoriti dan bukan lagi majoriti.
Mereka pasti percaya, jika sidang DUN diadakan, pasti akan ada usul yang tidak percaya kepada kepimpinan Nizar Jamaluddin sebagai MB sementelah Speaker dewan dari kalangan BN.
Lupakah mereka pada pilihan raya umum 2004 lalu, di Kelantan ketika itu Pas hanya mempunyai majoriti dua kerusi sahaja berbanding BN dan pada tahun 2005, majoriti menjadi satu kerusi apabila BN berjaya memenangi pilihan raya kecil Pengkalan Pasir. Tetapi, BN tidak pernah mengganggu pentadbiran kerajaan negeri dengan meminta supaya DUN dibubarkan.
Berlainan pula apa yang terjadi di Perak. Kini mereka di pihak minoriti, mendesak pihak majoriti walau apa cara sekalipun, mereka tetap mahukan DUN dibubarkan dan menjadikan rakyat sebagai alasan. Tetapi mereka harus ingat, majoriti rakyat di Perak bukannya kemaruk seperti mereka…
Benarkah apa yang diperjuangkan oleh mereka memang sebenarnya untuk kepentingan rakyat semata tetapi dalam masa yang sama sanggup membiarkan penyokong berbaring di atas jalan?

No comments:
Post a Comment