22 May 2009

Siapa MB NEGERI PERAK ? - Hari Keputusan

2.50 ptg - Kelihatan Peguam Nizar, Sulaiman Abdullah memasuki Bilik Bicara 3.

3.00ptg - DPP Tun Majid Tun Hamzah dari pejabat Peguam Negara masuk ke mahkamah, begitu juga Cecil.

3.05 ptg -
100 penyokong sudah berkumpul di lobi Istana Kehakiman.

3.31 ptg - Polis Mahkamah memberi isyarat sesi akan bermula.

3.35 ptg -
Kira-kira 200 penyokong berkumpul di lobi Istana Kehakiman.

3.42 ptg - Semua pihak terbabit sudah bersedia. Mahkamah mula bersidang bila-bila masa dari sekarang.

3.47 ptg -
Semua panel hakim mahkamah rayuan diketuai Datuk Raus Mohd Shariff ambil tempat masing-masing untuk memulakan pembacaan kehakiman.

3.52 ptg - Mahkamah memutuskan
Dr Zambry kekal sebagai MB Perak. Zambry kekal sebagai MB Perak selepas mahkamah benarkan rayuannya ketepi keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

4.03 ptg - Kelihatan penyokong Nizar mula berteriak kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

4.06 ptg -
Peguam BN sedang mengadakan sidang media.

4.08 ptg -
Penyokong Nizar berteriak tidak berpuas hati ketika peguam Zambry sedang mengadakan sidang media.

4.10 ptg - Keadaan semakin tegang. di lobi Istana Kehakiman.




No comments:

Post a Comment