08 October 2009
06 October 2009
1 MALAYSIA , RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Seawal pagi pada 06hb Oktober Dato' Ketua Bahagian melawat pesakit-pesakit, Warga Emas dan Orang Kurang upaya. Dalam Lawatan Dato' Ketua menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian dan sedikit belanja untuk menampung keluarga pesakit. Dato' Ketua Bahagian amat mementingkan rakyat sambil menyahut seruan Perdana Menteri 1 Malaysia, Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan.
MAJLIS PERJUMPAAN DAN DIALOG BERSAMA PEGAWAI PERTANIAN
Majlis berdialog antara petani dan Pegawai Pertanian diadakan di Kampung 50 Relong, Bukit Selambau. Majlis ini berlangsung pada 05hb Oktober 2009 bermula jam 9.00pagi. Majlis dialog ini adalah untuk mendengar pemasalahan para petani dan penjelasan oleh pegawai-pegawai pertanian untuk mengenal pasti masalah dan cara penyelesaian.
MAJLIS AIDILFITRI FLAT PAYA NAHU 2
Penaung Persatuan Penduduk Flat Paya Nahu 2
Ucapan oleh Pengerusi Belia 4B
Majlis Sambutan Aidilfitri telah diadakan pada 04hb Oktober 2009 bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 mlm bertemapt di Flat Paya Nahu 2. Anjuran Belia 4B Paya Nahu 2 Bersama Persatuan Penduduk Flat Paya Nahu 2 dan Persatuan wanita islam Paya Nahu 2. Dato' Ketua Bahagian merupakan penaung kepada Persatuan Penduduk Flat Paya Nahu 2. Majlis yang bermula seawal pagi sehingga ke acara kemuncak pada sebelah malam. Pelbagai acara diadakan diantaranya ialah jamuan Aidilfitri, Pertandingang Karaoke, Persembahan kebudayaan dan tarian, Persembaan band belia Paya nahu 2, Penyampaian sumbangan kepada Anak-anak yatim dan Warga emas.