12 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DI SUNGAI PIAL PADA 12HB SEPTEMBER 2009













majlis berbuka puasa di Masjid Sungai Pial pada 12hb September 2009

BLOG-BLOG PAS KECEWA DENGAN PKR

Masalah yang dihadapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak habis-habis, parti itu menghadapi masalah bertimpa-timpa. Lepas satu, satu timbul kejadian mengilankan. Apakah PKR diwujudkan untuk menghadapi masalah dan ikut sama menyusahkan orang lain?
Bagi pemimpin PKR pula semua masalah yang ditimpa adalah disebabkan oleh UMNO dan dalam kes terbaru sahaja beliau menyatakan bahawa YB Lunas mempunyai masalah peribadi.

11 September 2009

Masalah Banjir di Langkawi

Assalamualaikum, saya ingin membuat aduan bahawa di Bandar Alor Star sekarang sampah berlonggok2 di tempat membuang sampah. Pehak Bandaraya Alor Star tidak mengangkutnya membuangnya ka tempat pembuangan sampah dekat Pokok Sena.

Saya berharap pehak tuan tolong sampaikan keadaan ini kapada pehak Bandaraya supaya keadaan sampah sampah terbiar hingga berulat.

ADUAN DARI PENULIS INTERNET

MAHFUZ OMAR : BERCAKAP PASAL INTERGRITI,ANAK SENDIRI KENA JEL


Penjara Alor Star

Seperti yang dijanjikan,hari ini saya akan beritahu kenapa Mahfuz terlalu kerap melawat penjara.

Segelintir orang-orang PAS di Kedah gelak besar,bila melihat Mahfuz bercakap pasal intregriti . Mereka berkata anak beliau sendiri yang beliau bela daripada kecil pun beliau gagal didik,lagi beliau nak bercakap pasal intergriti. "Hei rbf, hang pi habaq kat mahfuz dia dah lama takdak intergriti,orang aloq setaq dah lama benci kat dia" - itulah luahan kata mat cak terhadap saya dalam perbualan telefon dua hari lepas.

Banyak lagi cerita yang saya sempat korek pasal si donkey ini. Nanti saya saya dedahkan kemudian. Termasuk usaha halus beliau menyingkirkan MB Kedah sekarang dan beliau mahu menjadi MB Kedah selepas PRU akan datang.

Cerita ini tidak ramai orang tahu,hanya segelintir orang-orang PAS di Kedah dan Pemimpin PAS sahaja yang tahu.

Hari ini barulah kita semua tahu, selama ini Mahfuz dan geng-geng dia sering melaungkan hanya mereka sahaja yang cantik,lawa dan segalanya. Rupa-rupanya itu semua hanya luaran ,tapi buntot penuh dengan tahi kering yang sudah pun berulat.

Bapak berdegar-degar bercakap pasal Islam,intergriti dan sebagainya. Tetapi anak sendiri dipenjara kerana dadah. Bukan setakat menghisap sahaja,malahan mengedar juga.

Untuk makluman pembaca sekalian,anak beliau ada dipenjara , di Penjara Alor Star,kerana kesalahan menghisap dan mengedar dadah.

Amat malang bagi PAS kerana mempunyai seorang Naib Presiden yang gagal mendidik anak sendiri. Bagaimana nak pimpin orang lain jika anak sendiri pun tidak boleh pimpin. Malu lah....

Dua hari lepas apabila seorang wartawan bertanya kepada Mahfuz,kenapa beliau kerapa ke Penjara,lalu dijawab olehnya "penjara tersebut berada dalam kawasan saya,sudah tentu saya harus melawat". Jawapan nak tutup malu...

Update: Kepada sesiapa yang teringin nak bertanya Mahfuz sendiri tentang anaknya sila hubungi atau sms beliau di nombor ini 019- 4422 685. Ada beberapa rakan yang telah sms kepada beliau hari ini,tetapi beliau mengelak untuk menjawab.

Petikan dari RBF

10 September 2009

KENAPA ADUN LUNAS KELUAR PAKATAN RAKYAT ???

Seorang demi seorang ADUN Pakatan keluar menjadi BEBAS atau LETAK JAWATAN (Lari) ...
Sehingga kini 3 orang ADUN Pakatan telah keluar dan seorang meletak jawatan, meraka ialahOthman Jailu dan Jamaluddin Md Radzi dari PERAK, Fairuz dari Pulau Pinang (BEKAS TIMB KETUA MENTERI) dan terbaru YB Mohd Radzhi Salleh (BEKAS EXCO).

Seorang demi seorang ADUN Pakatan keluar menjadi bebas atau letak jawatan ... KENAPA ??? TIGA daripada EMPAT iaitu 75 % menyatakan bahawa mereka tidak yakin dengan Kepimpinan Pakatan Rakyat. Bila ADUN sendiri tidak lagi percaya dan yakin dengan PAKATAN RAKYAT .. apatah lagi rakyat Malaysia sudah bosan dengan permainan Pakatan.

Selama lebih setahun PAKATAN PEMBANGKANG hanya melaungkan perkara-perkara yang tidak masuk akal dan selalu mempersalahkan kerajaan. Bila kerajaan Pakatan ada masalah ... UMNO dituduh menjadi dalang.

Rakyat kini telah matang dan Pakatan Rakyat semakin lama semakin gagal dimata masyarakat.

SYUKUR ALHAMDULILLAH...Penjawat awam kumpulan sokongan dapat duit Raya

Bantuan Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Kumpulan Sokongan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan berita gembira untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan iaitu pemberian bantuan khas kewangan RM500 bagi kumpulan itu.

Bayaran khas kewangan itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.

Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini.

KERAJAAN KEDAH BAGI APA UNTUK MERINGANKAN BEBAN WARGA KERJA KERAJAAN NEGERI KEDAH ???? HABUK PUN TAK ADA... KENAPA ??? MENTERI BESAR KEDAH TIDAK PRIHATIN MASALAH RAKYAT ...

Kenapa ANWAR di PECAT ???

Tergelak saya membaca berita dari NIZAR NEWS yang menyata kan bahawa Anwar Di Pecat kerana UMNO hendak merompak EMAS ..

Perangai seks dan liwat ANWAR IBRAHIM telah diketahui oleh pemimpin-pemimpin atasan samada dari Barisan Nasional atau PEMBANGKANG dulu lagi. Bahkan dunia telah tahu ANWAR merupakan seorang kaki seks dan kaki liwat. Ini terbukti bila KARPAL SINGH membawa masalah ANWAR ke PARLIMEN pada tahun 1997.

Masalah sekarang ialah KENAPA ANWAR PERLU MENANGGUHKAN PERBICARAAN ???? Sekiranya beliau tidak bersalah,beliau sepatutnya mengambil keputusan untuk mempercepatkan perbicaraan supaya beliau dapat membersihkan nama beliau.

Tetapi sejak Julai tahun lepas sehingga kini, beliau berjaya menangguhkan perbicaraan sebanyak 5 kali.APAKAH PEMBACA tidak merasa pelik dan tertanya-tanya KENAPA selalu TERTANGGUH KES ANWAR ???

KENAPA PULAK PEGUAM-PEGUAM hebat beliau menarik diri dari membela beliau ??? Selalunya kerana kes tidak menyebelahi mereka dan tidak ada gunanya untuk mempertahankan kes apabila bukti terlalu kuat.

RAKYAT MALAYSIA inginkan perbicaraan ANWAR di percepatkan supaya rakyat boleh mengetahui SIAPAKAH ANWAR IBRAHIM... ???

MENZIARAHI WARGA EMAS YANG SAKIT TUA, LUMPUH DAN UZUR DI SEKITAR SUNGAI LAYAR FASA 3 PADA 10HB SEPTEMBER 2009









Sebanyak 5 buah rumah di lawati oleh Ketua Umno Bahagian Merbok. Disamping Menziarahi warga emas Dato' Ketua Bahagian juga memberi sedikit sumbangan agar meringankan bebanan seisi keluarga terutama bagi menghadapi hari raya Aidilfitri...

09 September 2009

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN DAN WARGA EMAS DI SUNGAI LAYAR FASA 3 PADA 10HB SEPERTEMBER 2009











Sumbanga kepada warga emas diakan di Sungai Layar Fasa 3 Seramai 20 orang warga emas menerima bantuan berupa keperluan harian.




MELAWAT PEMASALAH PENDUDUK SETEMPAT DI KAMPUNG BARU SEMELING PADA 10HB SEPTEMBER 2009 JAM 9 PAGI





Lawatan ke Kampung Baru Semeling mendekati rakyat dan pemasalah rakyat. Lawatan tersebut bagi mengenal pasti masalah-masalah rakyat

KEMPEN H1N1 DI PEKAN SEMELING YANG MELIBATKAN PEMBERIAN PENUTUP PADA 10HB SEPTEMBER 2009 JAM 8.00 PAGI




Dato' Ketua Bahagian memakaikan penutup mulut kepada penduduk setempat



Kempen H1N1 di adakan di Pekan Semeling seawal pagi bersama dengan Parti Komponen MCA Semeling dengan pemberian penutup mulut kepada penduduk setempat. Kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat bahawa virus H1n1 boleh meragut nyawa.

NGO ISLAM desak JEFF OOi LETAK JAWATAN

Forum Penyelarasan Umat (Forum) hari ini melancarkan kempen mengutip tandatangan rakyat bagi mendesak anggota parlimen Jelutong, Jeff Ooi, memohon maaf dan meletak jawatan kerana mengaitkan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis.
Wakil Forum, Md Roslan Hashim berkata kempennya itu disokong oleh 30 NGO Islam di negeri itu. Md Roslan berkata kebanyakan maklum balas yang diterima bersetuju dan berpendapat Ooi, yang juga ketua staf Pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng, harus meletak jawatan."Kami menyasarkan 100,000 tandatangan rakyat bagi membuktikan bahawa masyarakat kini menolak pemimpin yang tidak menghormati dan menghina Islam," katanya.
Md Roslan berkata beliau bercadang untuk berjumpa Lim untuk menyelesaikan isu itu sebelum ia merebak."Kami akan berusaha mengadakan satu pertemuan dengan Lim bagi mendapatkan penjelasan mengapa Ooi masih enggan memohon maaf dan belum mengosongkan jawatan hingga hari ini," katanya.
BERNAMA

08 September 2009

Dr LO LO memperjuangkan PEREMPUAN CINA

Dr Lo Lo sebagai seorang yang memperjuangkan kaum hawa mengecewakan ramai Kaum Ibu di Utara Malaysia terutama dari golongan PAS kerana tidak menunjukkan kesungguhan membela Isteri Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis Abd. Rashid Rahman, Ustazah Siti Rosmala.






Masalah Elizabeth Wong yang bergambar bogel dirumah digunakan oleh Dr Lo Lo sebagai suatu isu membela kaum perempuan di Malaysia tetapi apabila seorang yang bergelar Ustazah menimpa musibah kerana diperlakukan seperti hamba oleh suami beliau seorang Ketua Dewan Ulama Pas, Dr Lo Lo hanya mendiamkan diri.



Apakah Ustazah bukan seorang perempuan dan beliau merupakan seorang Islam yang patut di bela oleh Pemimpin Muslimat PAS.
Kenapa PAS lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang Islam sendiri? Orang Islam bergelar USTAZAH sanggup diketepikan, orang kafir dia berpeluk-peluk pula, macam kes Elizabeth Wong memang jelas dia buat maksiat, kenapa ada PEMIMPIN muslimat PAS peluk sampai menangis dan macamana NIk Aziz boleh sokong Elizabeth dalam isu dia.
PEMIMPIN PAS CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!!!

PEMIMPIN PAS ANJUR ARTIS TUNJUK PUNGGUNG

Perhimpunan PROTES yg dianjurkan oleh PAS di Stadium Kelana Jaya menampilkan artis2 underground dan aksi mereka yang memperlihatkan punggung disamping dihiburkan dengan muzik rock ganas membuatkan saya terfikir apakah NIAT PEMIMPIN dari Parti PAS anjur Perhimpunan sebegini.

Penonton-penonton dihidangkan dengan aksi memperlihatkan punggung. Aksi yg lebih teruk dari aksi bukak baju Faizal Tahir.







Menurut Malaysiakini, seramai 700 org dari Unit Amal PAS hadir dalam Perhimpunan tersebut. Ini telah disahkan oleh Ketua Amal Pas Wilayah Persekutuan, Sharifudin Mohd Yatim kepada Malaysiakini.



Pemimpin PAS membiarkan persembahan tersebut walaupun persembahan tersebut benar2 terkeluar dari landasan budaya & adat kita sebagai org Melayu dan org ISLAM.



Ni lah dier org yg tunjuk punggung. Nama dier Alak. Beliau merupakan salah seorang artis yg membuat persembahan di perhimpunan anjuran bersama PAS.
Ramai yang mempertikaikan kredibiliti PAS dan ramai juga pemimpin PAS lari dari perjuangan asal. Perjuangan PAS adalah berbentuk Islam dan sekarang PAS bakal menjadi bahan lawak jenaka bangsa & agama lain.
Walau pun perkara tersebut berlaku semasa protes harga minyak naik, namun terkejut juga PAS sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita.
SANGGUP MENJADIKAN BABI AGENDA UTAMA DI NEGERI KEDAH.

Hari-Hari Terakhir Anwar Ibrahim

Riwayat politik (dan juga keharmonian rumahtangga) Anwar Ibrahim tamat pada 5hb Ogos 1997. Itulah tarikh Ummi Hafilda Ali menulis sepucuk surat 19 muka kepada YAB Perdana Menteri Dr Mahathir bin Mohamed yang membutirkan salah laku seks dan tabiat liwat Anwar Ibrahim.

Surat Ummi bukan surat layang sebab Ummi turunkan tanda tangan, alamat rumah dan nombor KP pada surat keramat itu. Walaupun Ummi dihina dengan berbagai jenis fitnah dan tuduhan, pada suatu hari kelak sejarah negara Malaysia pasti akan menghargai Ummi Hafilda bt Ali sebagai seorang wanita pejuang dan wira negara yang telah berani tampil ke depan untuk menyelamatkan negara kita. Ummi mengalami penghinaan ditahan dan diseksa Polis atas arahan Anwar Ibrahim.
Di sini Kedah Lanie ingin rakamkan terima kasih dan salam sanjungan yang setinggi-tingginya kepada Ummi Hafilda bt Ali. Hidup Ummi.
Muka pertama surat Ummi Hafilda bt Ali adalah seperti berikut:
5 Ogos 1997
Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamed
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Kuala Lumpur
YAB,
PERIHAL SALAH LAKU TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya Ummi Hafilda bt Ali ingin mengemukakan laporan khas mengenai perihal salah laku Timbalan Perdana Menteri.
YAB, laporan ini dibuat berdasarkan maklumat dan bukti yang telah kami perolehi sepanjang tempoh penyiasatan.
Ianya dibuat bersama dengan persetujuan kami kelima-lima beradik, ia itu Norlia bte Ali, Intan Dawini bte Ali, Mohd Azman bin Ali, Mohamed Azwan bin Ali dan Ummi Hafilda bte Ali.
Bersama-sama ini juga disertakan dengan lampiran khas mengenai maklumat lengkap sebagai pertimbangan untuk pihak YAB.
Segala perhatian, pertimbangan dan tindakan oleh YAB dalam menangani masalah ini sangatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Bagi kami YAB adalah tokoh pemimpin terulung negara yang kami cukup kagumi dan hormati.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
tt
Sila perhatikan bahawa surat Ummi ini disokong oleh lima adik-beradik daripada keluarga Ali. Jadi Ummi bukan berkelakuan « tidak senonoh » seperti mana difitnah oleh Anwar Ibrahim. Lima orang adik-beradik keluarga Ali setuju dengan surat itu.
Ummi ada menyimpan salinan suratnya kepada Perdana Menteri dan menunjuk salinan itu kepada kawan-kawan serta sahabat karibnya. Surat Ummi menjadi berita panas dan salinan fotostat beranak dengan pantas.
Dalam sehari dua, Anwar Ibrahim mendapat tahu berkenaan surat Ummi dan menjadi panik, cemas dan keliru. Dia tak tahu apa nak buat.
Pihak Polis pun telah mendapat tahu perihal surat Ummi. Pada 8 Ogos 1997, IGP telah memanggil Dato Amir Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas (atau T/PCK) dan memberinya salinan surat itu serta mengarahkan SB menyiasat asal usul surat itu .
Pada 10hb Ogos 1997, Dato Amir Junus T/PCK telah berjumpa Dato Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas (PCK) di Subang Airport dan memberitahu PCK berkenaan surat Ummi. PCK mengarah Timbalannya untuk menyediakan laporan lengkap pada hari esoknya, jam 7.30 pagi 11hb Ogos 1997.
Esok hari, 11 Ogos 1997, T/PCK dan pegawainya telah memberi taklimat ikut jadual pada 7.30 pagi. Secara kebetulan, pada jam 9:00 pagi yang sama, Dato Mohd Said Awang PCK juga menghadhiri mesyuarat rasmi bersama Anwar Ibrahim di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Setelah tamat mesyuarat Anwar Ibrahim telah berjumpa sebentar dengan Dato Mohd Said PCK dan meminta bantuan SB untuk memantau kandungan surat Ummi.
Surat layang sudah lama menjadi sebahagian daripada budaya politik negara, tetapi Anwar amat runsing tentang surat Ummi kerana Ummi berani menulis nama, alamat dan nombor kad pengenalannya. Ini bukan surat layang. Anwar rasa amat cemas. Malam itu 11hb Ogos 1997, Anwar runsing, tidak tenteram dan tidak lena tidur.
i. Kali pertama - 12 Ogos 1997, 10:00 pm – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya
Pada hari esok, 12hb Ogos 1997, Anwar masih risau. Sebabnya sepanjang hari dia menunggu feedback daripada PCK tetapi PCK tidak telefon Anwar (maklumlah pegawai Kerajaan selalu lambat). Maka dia menyuruh ASP Zainal Aznam ADCnya memanggil PCK dan T/PCK ke rumahnya.
Aznam telah telefon T/PCK Dato Amir Junus dan suruh dia bersama PCK Dato Mohd Said Awang datang berjumpa Anwar di rumahnya pada 10:00pm. Inilah kali pertama kedua PCK dan T/PCK hadhir bersama di rumah Anwar Ibrahim di No. 47 Jalan Damansara. Pada perjumpaan ini, Anwar telah mengarahkan PCK dan T/PCK mengesan Ummi Hafilda. Pada malam ini pun, malam kedua, 12hb Ogos 1997 Anwar tidak dapat tidur lena, merasa lagi cemas dan juga tiada selera liwat sesiapa.
ii. Kali kedua 13 Ogos 1997 10:00 pm – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya
Pada hari esoknya 13hb Ogos 1997, sekali lagi PCK Dato Mohd Said Awang masih tidak telefon Anwar dengan sebarang laporan terkini. Anwar tidak sedar bahawa PCK Dato Mohd Said Awang pun pintar orangnya. Polis hanya membuat laporan tugas kepada Attorney General dan Menteri Dalam Negeri dan bukan kepada Menteri Kewangan atau TPM.
Jadi Anwar tiada pilihan kecuali memanggil PCK dan T/PCK pergi ke kediamannya sekali lagi. PCK dan T/PCK tiba di rumah Anwar pada jam 10 malam, 13hb Ogos 1997. Mereka berjumpa dalam bilik ‘library’ di rumah Anwar.
Kedua PCK dan T/PCK memberitahu Anwar bahawa IGP telah mendapat salinan surat Ummi daripada Dato Seri Megat Junid. Kemudian mereka melaporkan kepada Anwar bahawa SB masih belum dapat mengesan Ummi.
Anwar telah menggesa PCK dan T/PCK kerahkan tenaga SB untuk mengesan Ummi dan Azizan dengan secepat mungkin. Pada waktu itu juga, ia itu sekitar jam 11 malam, 13hb Ogos 1997 di rumahnya di 47 Jalan Damansara, Anwar Ibrahim telah mengarahkan PCK dan T/PCK untuk ‘menggempar’ Ummi dan Azizan atas surat yang ditulis Ummi. Maksud Anwar ialah SB perlu tangkap dan menakutkan kedua Ummi dan Azizan.
Ini menjadi dua malam berturut-turut di mana Anwar telah memanggil Pengarah Cawangan Khas dan Timbalannya pergi ke rumahnya. Malam itu pun Anwar runsing dan tiada selera liwat sesiapa pun.
iii. Kali ketiga 15 Ogos 1997 2 :00 pm – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya
Dua hari kemudian, pada 15hb Ogos 1997, PCK dan T/PCK telah bermesyuarat dengan pegawai SB. SB masih tidak boleh kesan Ummi. SB juga dapat tahu berkenaan sebuah surat layang baru ‘Talqin terbuka untuk Anwar Ibrahim ‘ yang telah tersebar. Surat ‘Talqin..’ ini merujuk juga kandungan surat Ummi.
Semua ini menjadikan Anwar lagi cemas. Surat Ummi hanya beranak secara fotostat di Kuala Lumpur. Tetapi surat layang ‘Talqin terbuka..’ pula di sebarkan secara luas. Anwar panik. Dan sudah dua hari PCK dan T/PCK tidak laporkan apa pun kepada Anwar. Ummi dan Azizan masih tidak dapat dikesan oleh SB. Anwat tak boleh tidur.
Jadi sekali lagi Anwar suruh ADCnya ASP Zainal Aznam panggil PCK dan T/PCK ke rumahnya di Jalan Damansara. Kali ini awal pagi lagi Anwar suruh ASP Zainal telefon PCK. Anwar panik. Jadi PCK dan T/PCK pergi ke rumah Anwar jam 2:00 pm.
Dan Anwar sudah dapat salinan surat layang ‘Talqin terbuka..’ dalam tangannya. Itulah yang cemaskan Anwar. Anwar suruh PCK dan T/PCK menyiasat siapa yang sebarkan surat layang itu.
Di sini PCK Dato Mohd Said Awang gostan sikit. Dia (dan juga T/PCK) menasihati Anwar untuk membuat laporan Polis (Police report). Anwar pula jawab dia tak mahu buat laporan Polis sebab dia TAK MAHU KES DI SIASAT OLEH CID ! Itulah Anwar yang sebenarnya – dia takut akan pecah tembelang.
Tetapi setelah dipujuk, Anwar setuju membuat laporan Polis dan menyuruh ADCnya ASP Zainal Aznam membuat laporan Polis di pejabat PCK Dato Mohd Said Awang. Malam ini pun, 15hb Ogos 1997 Anwar tak dapat tidur.
iv. Kali ke-empat 16 Ogos 1997 10:00 pm – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya
Esok harinya 16hb Ogos 1997, Anwar resah, risau, cemas dan runsing semua sekali. Sudah empat hari berlalu tetapi SB masih belum dapat kesan Ummi Hafilda. Anwar panggil lagi PCK dan T/PCK ke rumahnya. Kedua PCK dan T/PCK telah tiba dirumah Anwar pada 10:00 malam. Anwar terpaksa mengulangi arahannya kepada SB – cari Ummi Hafilda dengan secepat mungkin.
v. Kali ke-lima 17 Ogos 1997 11:00 pm malam – Anwar telefon T/PCK
Akhir nya pada 17hb Ogos 1997, SB dapat kesan Ummi Hafilda dan Azizan berada di rumah Dr Restina di Bangsar. Pasukan Polis CID di kerah untuk pergi ke rumah Dr Restina dan menahan Ummi dan Azizan. Ummi di tahan tepat pada jam 11:00 malam di Bangsar.
Sebelum itu pada jam 8:00 malam 17 Ogos 1997, PCK Dato Mohd Said Awang dan T/PCK Dato Amir Junus dipanggil oleh IGP ke rumahnya. IGP sudah terima panggilan daripada Dr Restina yang mengatakan ada pasukan Polis kepung rumahnya. Oleh kerana Dr Restina tidak mahu membuka pintu dan gate, proses menahan Ummi Hafilda telah memakan masa dua jam, ia itu sehingga pukul 11 malam.
Hampir setiap minit daripada pukul 9:00 malam hingga pukul 11:00 malam, Anwar mendapat laporan (kemungkinan besar daripada ADCnya ASP Zainal Aznam) tentang kedudukan Ummi dan Azizan di rumah Dr Restina. Maka apabila Polis menahan Ummi pada 11:00 malam, Anwar dapat tahu secara instant. Anwar terus telefon T/PCK Dato Amir Junus yang berada di rumah IGP itu, bersama PCK Dato Mohd Said Awang. Setelah bercakap dengan T/PCK, Anwar minta bercakap dengan IGP. Anwar suruh IGP mengarahkan PCK dan T/PCK pergi ke rumahnya dengan segera. Maka PCK dan T/PCK bergegas ke rumah Anwar.
vi. Kali ke-enam 18 Ogos 1997 12:30 a.m. – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya
Maka untuk kali kelima (ia itu antara 12 Ogos dan 18 Ogos) PCK dan T/PCK tiba di rumah Anwar di Jalan Damansara pada 12:30 pagi, 18hb Ogos 1997 untuk melaporkan gerak geri SB mengesan dan menahan Ummi Hafilda Ali.
Anwar arahkan SB supaya memaksa Ummi dan Azizan menarik balik pengakuan mereka secara bertulis dalam tempoh 24 jam sahaja. Anwar mengulangi bahawa Ummi dan Azizan JANGAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH ! ! DIA TIDAK MAHU SEBARANG PUBLISITI.
Malam itu juga Anwar tidak dapat tidur lena.
vii. Kali ke-TUJUH 18 Ogos 1997 12:00 P.M. (tengah hari). – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya
Pada pukul 12:00 pm tengah hari, 18 Ogos 1997 Anwar sekali lagi panggil PCK dan T/PCK datang ke rumahnya. Anwar tanya tentang interrogation SB terhadap Ummi dan Azizan. PCK dan T/PCK berkata interrogation berjalan lancer dan Ummi sudah sedia menarik balik tuduhan nya. Anwar mengarahkan PCK dan T/PCK supaya Ummi dipaksa menulis pengakuan yang di tujukan kepada YAB Perdana Menteri.
viii. Kali ke - lapan 18 Ogos 1997 11:45 malam. – Anwar mengarahkan Azizan Abu Bakar dibawa ke rumahnya. PCK & T/PCK juga dipanggil sekali.
PCK dan T/PCK telah menunjukkan kepada Anwar pengakuan bertulis Ummi dan Azizan yang menarik balik tuduhan mereka terhadap salah laku seks dan liwat Anwar.
ix. Kali ke-sembilan 20 Ogos 1997 10:00 malam – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya.
Setelah Ummi dan Azizan diseksa dan di paksa membuat pengakuan bertulis, Anwar mengarahkan PCK Dato Mohd Said Awang membuat laporan kepada YAB Perdana Menteri (termasuk lampiran pengakuan Ummi dan Azizan). PCK telah serahkan laporan tentang pengakuan Ummi dan Azizan kepada YAB Perdana Menteri pada 20 Ogos 1997.
Pada malam itu 10:00 pm 20 Ogos 1997, PCK dan T/PCK telah pergi ke rumah Anwar untuk melaporkan bahawa laporan pengakuan Ummi dan Azizan telah pun diserahkan kepada YAB Perdana Menteri.
x. Kali ke-sepuluh 27 Ogos 1997 10:00 malam – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya.
Tetapi YAB Perdana Menteri tidak buat apa pun atau berkata apa pun tentang surat pengakuan Ummi dan Azizan. Dr Mahathir sibuk dengan perasmian kilang besi dan keluli, perasmian lebuhraya baru, perasmian airport baru, perasmian universiti baru, menentang dasar Yahudi di Palestin, menentang kuasa dunia Amerika Syarikat dsbnya.
Dr Mahathir tidak ada masa nak ambil tahu tentang kes Anwar main belakang orang atau Anwar main dengan bini orang.
Jadi Anwar menjadi risau sekali lagi. Tujuh hari kemudian pada 27 Ogos 1997, jam 10:00 malam, sekali lagi Anwar panggil balik PCK dan T/PCK ke rumahnya.
Inilah kali ke sepuluh Anwar memanggil kedua pegawai Polis itu ke rumahnya.
Anwar mengarah PCK dan T/PCK mendapatkan satu lagi pengakuan bertulis daripada Ummi dan Azizan. Kali ini pengakuan bertulis mereka mesti di tujukan kepada umum dan bukan kepada YAB Perdana Menteri sahaja. Dan Anwar mahukan pengakuan bertulis yang kedua ini di isikan ke dalam sampul surat dan di hantar ke pejabat dia pula (Pejabat Timbalan Perdana Menteri) melalui Pos Malaysia. Inilah kebodohan Anwar yang paling ketara. Apabila kes salahguna kuasa Anwar ini di bawa bicara, pihak pendakwa dapat mengesan setiap langkah bodoh Anwar menyalahgunakan kuasa nya.
xi. Kali ke-sebelas 28 Ogos 1997 11:00 malam – T/PCK telefon Anwar
Jadi Polis terpaksa mencari Ummi dan Azizan sekali lagi. Azizan di bawa ke Kelab Golf PDRM Titiwangsa pada jam 8:30 malam, 28 Ogos 1997. Setelah selesai mendapat pengakuan Azizan untuk kali kedua, T/PCK Dato Amir Junus telah telefon Anwar pada jam 11:00 malam dan membacakan isi pengakuan Azizan.
Anwar berasa tidak puas hati dengan surat Azizan dan mengarahkan T/PCK untuk membuat beberapa perubahan. Anwar mahukan perkataan ‘menafikan’ di masukkan pada satu tempat. Kemudian Azizan telah di paksa sekali lagi untuk menulis semula pengakuannya - mengikut arahan Anwar.
xii. Kali ke-dua belas 29 Ogos 1997 4:00 petang – T/PCK telefon Anwar
Ummi pula di bawa oleh SB ke Hotel Pan Pacific (Bilik 1426) pada jam 10:20 pagi, 29 Ogos 1997 untuk deraan sesi kedua. Ini adalah salah guna kuasa yang jelas. Ummi tidak mahu mengaku kalah dan terpaksa di ancam oleh SB dengan berbagai jenis ancaman dan ugutan. Akhir sekali Ummi yang hanya wanita muda dan berseorangan menangis, layu, kuyup dan mengalah kepada ancaman SB. Maka Ummi pun bersetuju membuat pengakuan bertulis untuk kali kedua.
Dan sekali lagi apabila selesai menulis, pengakuan Ummi di hantar kepada T/PCK (yang sedang menunggu di lokasi lain). T/PCK telah telefon Anwar dan bacakan pengakuan Ummi. Sekali lagi Anwar telah mengarahkan supaya beberapa perubahan dibuat. Ummi terpaksa menulis semula surat pengakuan itu mengikut kehendak Anwar.
Jelas bahawa pada Round Kedua ini, surat itu bukan pengakuan Ummi dan Azizan tetapi adalah pengakuan yang di tulis oleh Anwar Ibrahim yang terpaksa di terima dan di tanda tangani oleh Ummi dan Azizan.
xiii. Kali ke-tiga belas 29 Ogos 1997 petang – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya.
Setelah Ummi membuat pengakuan yang kedua itu, SB telah diarah Anwar masukkan surat pengakuan itu dalam sampul, melekatkan setem dan “matikan” setem di Pejabat Pos dan kemudian menghantar surat itu secara peribadi ke rumahnya. Oleh itu PCK dan T/PCK telah membawa surat pengakuan Ummi dan Azizan (yang kedua) dan pergi berjumpa Anwar di rumahnya.
Hanya sesudah PCK dan T/PCK menyerahkan pengakuan kedua Ummi dan Azizan kepada nya maka Anwar boleh tidur lena sekali lagi. Malam itu belangga pun pecah juga.
Kesimpulan
Kesimpulannya selama 17 hari, daripada 12hb Ogos 1997 hingga 29 Ogos 1997, Anwar Ibrahim telah begitu panic dan cemas akibat surat Ummi Hafilda Ali yang memecahkan tembelang busuk Anwar.
Pada 18hb Ogos 1997 sahaja, Anwar telah panggil PCK Dato Mohd Said Awang dan T/PCK Dato Amir Junus datang ke rumahnya sebanyak TIGA KALI ia itu pada jam 12:30 pagi, 12:00 tengah hari dan 11:45 malam. (Ummi dan Azizan ditahan SB sejak malam sebelumnya ia itu 17hb Ogos).
Seperti pengarah filem seram “horror movie”, selama 17 hari Anwar memberi arahan kepada SB untuk mengesan dan menahan Ummi dan Azizan. Kemudian Anwar suruh SB membuli dan “gempar” Ummi dan Azizan dan memaksa mereka berdua membuat pengakuan bertulis untuk menafikan tuduhan mereka bahawa Anwar terlibat dalam seks luar nikah dengan bini orang dan liwat dengan lelaki lain.
Atas kesalahan menyalahgunakan kuasa ini Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas Anwar Ibrahim.
Petikan dari Insider

07 September 2009

PAS minta Umno bukti ADUN keluar Pakatan

Pemuda PAS Kedah meminta ketua Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir membuktikan dakwaannya bahawa beberapa orang lagi ADUN Pakatan Rakyat akan keluar daripada gabungan itu.

Ketuanya Ahmad Yahya berkata Abdul Aziz mencetuskan kekeliruan dan keraguan di kalangan rakyat Kedah dengan dakwaannya itu.

"Kenyataan beliau menyebabkan kita terfikir bahawa ADUN yang didakwa akan meninggalkan parti sama ada dirasuah atau dipaksa atau dibeli oleh BN," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap kenyataan Abdul Aziz itu di Alor Star hari ini.

Kenyataan Abdul Aziz dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu Ahad lepas menyebut beberapa orang lagi ADUN akan mengikuti jejak langkah ADUN Lunas, Muhammad Radzhi Salleh untuk keluar parti dan menjadi ADUN bebas.

"Kenyataan Abdul Aziz menunjukkan beliau tidak menghormati pilihan rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

"Saya harap polis akan menyiasat kenyataan beliau (Abdul Aziz)," kata Ahmad. BERNAMA

Nasihat saya :- SABAR , TUNGGU dan LIHAT ..... CONFIRM ada yang nak keluar .... SAmpai sekarang dah 3 orang .... tak lama lagi akan jadi 6 orang .....

Pembangkang gagal laksana tugas

Kekecohan yang berlaku pada majlis dialog antara penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam membuktikan pakatan pembangkang gagal melaksanakan tugasnya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, insiden itu juga membuktikan bahawa pemimpin pembangkang yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mendekati rakyat selama ini.

“Jika mereka betul-betul telah mendekati rakyat, mungkin tidak berlaku kekecohan dan ini bermakna mereka tidak melaksanakan tugas,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika mengulas penangguhan keputusan kerajaan negeri Selangor memindahkan kuil ke Seksyen 23, Shah Alam ekoran berlaku kekecohan pada majlis dialog dengan penduduk seksyen tersebut semalam.

Penangguhan itu bagi membolehkan kerajaan negeri mencari lokasi baru untuk menempatkan pembinaan kuil tersebut.

Terdahulu Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada beberapa warga emas termasuk dua penerima di Kampung Melayu Niyor, dekat sini.

Menurutnya, PKR tidak boleh menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung perkara itu kerana protes pembinaan kuil tersebut bukan sahaja membabitkan orang UMNO, tetapi juga ahli PKR dan Pas.

“Kita mempunyai bukti dan maklumat lengkap mengenai siapa yang terbabit dalam protes ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mendedahkan segala maklumat itu termasuk mereka yang terbabit apabila tiba masanya kelak.

Hishammuddin mengingatkan mereka yang cuba mempolitikkan perkara tersebut agar berfikir sebelum melakukannya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, polis telah pun melengkapkan siasatan berhubung insiden protes sekumpulan masyarakat terhadap pembinaan kuil itu termasuk membawa kepala lembu baru-baru ini.

Menurutnya, perkara itu juga telah dibawa kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Dalam hal ini kita tidak memilih bulu dan akan menghadapkan mereka yang terbabit membawa kepala lembu itu ke mahkamah tanpa mengira fahaman politik,” katanya.

Petikan dari UTUSAN ONLINE

JUMLAH KES JENAYAH di KEDAH

ADAKAH NEGERI KEDAH SUDAH MENJADI NEGERI SELAMAT, seperti yang diwar-warkan semasa PRU 12 ???
Apakah tindakan Kerajaan PAS untuk mengurangkan kes-kes jenayah terutama kes rogol yang meningkat di negeri Kedah ???
FAKTA :
Sebanyak 10,676 kes jenayah di Kedah pada bulan Januari hingga Oktober 2008 dan tahun 2008 juga Kedah telah menghadapi kes-kes tingkah laku sosial, khususnya kes-kes rogol iaitu sebanyak 226 daripada keseluruhan 309 kes berlaku di kawasan luas bandar.
Daripada 226, sebanyak 187 adalah pelajar 12-16 tahun dan 39 kes pelajar 17-18 tahun.
ADAKAH INI NEGERI SEJAHTERA !!!

FASTIVAL KEDAH SEJAHTERA

Penganjuran Festival Kedah Sejahtera menjadi bualan tidak mungkin dilupakan oleh rakayat Kedah khasnya dan rakyat Malaysia terutama yang tinggal di utara amnya. Penganjuran program sehebat ini oleh sebuah syarikat berkaitan Kerajaan negeri yang pengurusannya ‘muda’ didalam bidang ini sebenarnya boleh dijadikan kayu ukur untuk program-program seterusnya. Festival Kedah Sejahtera setaraf dengan Karnival Sua Rasa, Jom Heboh ataupun Islam Hadhari, malah ada juga pendapat meletakkan setaraf pengajuran MIHAS.
ICT adalah satu deminsi baru yang perlu diteroka dan digunapakai sepenuhnya setiap masa, Di negeri Kedah sendiri terdapat potensi yang besar bidang ICT ini. Kemudahan ICT sepatutnya diambil peluang oleh penganjur untuk turut sama mempromosikan ICT dengan menyediakan kemudakan Internet tanpa wayar atau Wi-Fi percuma. Mengambil contoh program gotong royong anjuran MPSP(K) di Taman Keladi, Sungai Petani, yang dihadiri oleh YAB Menteri Besar terdapat kemudahan Wi-Fi sementara yang disediakan percuma.
Malangnya Festival Kedah Sejahtera gagal sepenuhnya menyediakan kemudahan ini. Cadangan dan pandangan serta prosedur disuarakan berdasarkan pengalaman, namun tahap Rabun IT penganjur amat ketara apabila alasan yang diberikan sudah terdapat syarikat telefon mudahalih yang menyediakan kemudahan jalurlebar tersebut. Hakikatnya kemudahan yang disediakan perlu dibayar dan didaftarkan serta memiliki alatan yang dijual. Itu bukan percuma.Sikap Rabun IT ini juga dapat dilihat daripada penyertaan syarikat yang tiada satupun diantaranya syarikat berasaskan ICT.
Penglibatan ini seolah-olah mengambarkan kerajaan Negeri Kedah tidak membuka ruang untuk ICT berkembang di negeri ini. Namun syabas kepada petugas Festival yang menggunakan sedikit ruang komunikasi cara mudah iaitu dengan walkie-talkie yang menjadikan kerja lebih pantas, malah terdapat petugas yang bertugas menggunakan dua unit walkie talkie, tentu kerjanya lebih pantas dua kali ganda dari petugas yang lain.
Petikan dari Warta Kedah
Dulu PAS mengutuk Kerajaan BN kerana anjurkan pesta seperti JOM HEBOH tetapi kini Kerajaan Negeri Kedah hendak membuat perangai yang dibenci PAS. Apakah PAS KEDAH sudah lupa matlamat Rakyat di Dahulukan dan Pencapaian Di Utamakan.

Menteri Besar BABI & PENIPU ANWAR


Kerana mulut badan binasa, kerana babi Menteri Besar Kedah tunjuk kuasa.


Itulah kezaliman PAS di Kedah terhadap orang bukan Islam.


Nabi bersabda: " Sesiapa yang menyakiti zimmi (orang kafir) maka dia juga menyakitiku".


SIAPAKAH DALAM GAMBAR INI ????

DIA LAH SAIFUL ORANG YANG DI LIWAT OLEH ANWAR.
ANWAR usung SAIFUL ke hulu ke hilir sehingga terlibat dalam perkara-perkara yang terlarang.

Karpal & Mat Sabu Tahu Anwar Ibrahim Meliwat.

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh rakan blogger RBF tentang kenyataan Karpal Singh di dalam parlimen pada tahun 1997 yang mendakwa bahawa Anwar Ibrahim terlibat di dalam aktiviti songsang iaitu meliwat.RBF telah mengemukakan hansard ucapan Karpal Singh yang tercatit jelas di dalam dokumen itu.

Tambah RBF lagi, selepas Karpal Singh, orang kedua yang membuat tuduhan secara terbuka yang Anwar seorang peliwat adalah Ahli Parlimen Kubang Kerian pada masa itu,iaitu Hj Mohd Sabu. Secara terang-terangan dalam satu ceramah di Kubang Kerian pada bulan Ogos 1998, Mohd Sabu menggelarkan Anwar dengan gelaran 'Anwar Ibrahim Al-Juburi.'Penulis melihat isu keterangan Karpal Singh dan kutukan yang dibuat oleh pemimpin PAS pada Anwar Ibrahim tatkala itu adalah kerana Anwar Ibrahim adalah musuh politik mereka.


Tetapi hari ini, mereka dapat menutup mulut mereka dan membiarkan sahaja Anwar Ibrahim meneruskan impian politik beliau kerana Anwar Ibrahim adalah aset kepada mereka. Tetapi penulis pasti, mereka tidak akan berdiam diri dan pasti akan menggunakan fakta-fakta yang telah mereka simpan selama ini untuk mengertak dan mengugut Anwar Ibrahim jika beliau berjaya di dalam perjuangan politik beliau.


Karpal Singh dan Mohd Sabu tahu apa yang mereka perkatakan itu tetapi dek kerakusan mereka mengejar kuasa politik, mereka sanggup melupakan segalanya. Karpal Singh terlupa saranan beliau agar Anwar Ibrahim bertaubat dan Mohd Sabu melupakan ayat 'Anwar Ibrahim Al-Juburi' yang beliau sendiri pelopori ketika mengutuk Anwar Ibrahim!




Apakah kita masih tidak sedar dan tidak nampak?

06 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID TAMAN RIA JAYA PADA 06Hb SEPTEMBER 2009 BERSAMAAN 1430H




Sumbangan diserahklan melalui Ketua cawangan untuk di agihkan kepada Setiap cawangan dengan diberikan kupon







Antara Ibu tunggal yang menerima bantuan sumbangan



Seramai 300 ibu tunggal menerima bantuan



Penyampaian Sumbangan dan Duit Raya kepada Ibu Tunggal




Tazkirah Oleh Dr. Asri Bekas Mufti Perlis



Ucapan oleh Pengerusi Yayasan Pok Dato' Seri Shahidan Kassim



Ucapan Aluan Dari ketua UMNO Bahagian Merbok






Majlis Qhatam Al-Quran


Majlis Berbuka Puasa







Majlis Tahlil