05 September 2009

KETIDAKADILAN RAKYAT DI SELANGOR

Inilah hasil yang diperolehi bila memberi peluang (MEMBERI KEMENANGAN) kepada Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai pengalaman dalam memerintah kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan.

Dalam tempoh tidak sampai 2 tahun .... terlalu banyak masalah yang ditimbulkan contoh nya :

1. ISU ARAK DI SELANGOR hinggakan Sultan Selangor murka.

2. ISU Kampung Buah Pala di Pulau Pinang

3. ISU BABI di Negeri Kedah dan terbaru

4. ISU KUIL di Seksyen 23 Shah Alam.

SIAPA yang bertanggung jawap sehingga mengujudkan isu sentimen perkauman di Malaysia ?

Percayakah anda semua bahawa Pakatan Rakyat akan menunding jari kepada UMNO sebagai dalang. Saya belum pernah melihat Pemimpin Pakatan bertanggungjawab terhadap apa juga masalah yang timbul di Malaysia semuanya menuduh UMNO.

Semasa nak menang pilihanraya ... Pihak Pakatan berjanji semua boleh ... Bila dah memerintah, semua janji tidak dapat tunaikan.

NIK AZIZ TOLAK PEMBANGUNAN TAPI BERNILAI RM 10 JUTA

Rakyat di Kelantan di suruh untuk menolak pembangunan yang diilhamkan oleh pihak lain. Tetapi beliau dan keluarga beliau mengaut keuntungan berJUTA-JUTA atas dasar APA ??

Nik Aziz makan pun menyamar kepada rakyat. Kesian orang Pas kena tipu kononnya cara hidup Nik Aziz sederhana (lihat gambar)



Difahamkan bahawa Harta NIK AZIZ bernilai lebih 10 JUTA.


RUMAH MENANTU NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTA


Rumah menantu Nik Aziz terletak di belakang rumah Nik Aziz Pulau Melaka. Nilainya RM1 juta. Ada jaga 24 jam sehari. Kalau rakyat nak jumpa dengan Nik Aziz maka dia akan tunggu di rumah lama, untuk rakyat tengok dia hidup sederhana. Tapi bila nak berehat pergi rumah banglow milik menantu. Menantu pakai kereta mewah kalau baru harganya RM250,000 sebuah. Apa nama menantu Nik Aziz?..Nik Arif Fahmi Abdul Rahman, orang yang paling berkuasa dalam kerajaan Nik Aziz.

Menantu Nik Aziz bekerja sebagai CEO Perbadananan Menteri Besar (PMB), Kereta Mercedes berserta dengan pemandu disediakan. Semua projek yang nak join vanture dengan PMB sebelum angkat kepada Pengerusi PMB mesti diluluskan oleh CEO dulu. Siapa Pengerusi PMB? tak lain dan tak bukan Nik Aziz. PMB sudah jadi hak anak beranak. Banyak syarikat pelaburan PMB mengalami kerugian. Habis lah duit rakyat Kelantan di pulon mertua dan menantu.


Kereta Mercedes RM500,000 dan CRV Rm 70 ribu untuk Tuan Sabarian ulang alik ke pasar. Rumah inilah yang selalu ditonjol oleh Nik Aziz.


ISTERI NIK AZIZ BERGELAR JUTAWAN. Kononnya Bandaraya Islam Kota Bharu berkembang tapi ada udang disebalik batu, sama hebat dengan pengumpulan harta oleh keluarga Nik Aziz. Tuan Sabariah kuat berniaga, pernah berniaga jualan langsung, hampir semua muslimat Pas di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Kubang Krian menjadi ahli. Sekarang mengalami kerugian ada muslimat Pas yang mengalami kerugian RM50,000 seorang.

Kita boleh bayangkan berapa banyak wang muslimat Pas hangus. Apabila muslimat minta ganti katanya tak ada wang. Dalam pada itu sempat Tuan Sabariah membeli dua unit Rumah Kedai di Taman Koperasi Tanjung Chat Bandar Kota Bharu nilainya RM2 juta.

Kata penduduk Pulau Melaka banyak tanah orang kampong sekarang menjadi milik keluarga Nik Aziz yang bernilai berjuta-juta ringgit. Dari mana Nik Aziz dapat duit bergitu banyak? Ini lah kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Isteri Ulamak, dalam diam juga seorang jutawan.

sumber : http://www.pisau.net/2009/07/manek-urai-pas-tok-guru-kaya-rayarakyat.html


MB bodoh dan Khalid Babi

KECOH - KECOH ....


'MB bodoh’ dan 'Khalid Babi’ serta macam-macam kata kesat menyelubungi Dewan Bankuet Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam pagi Sabtu dimana berlangsung sesi dialog Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan penduduk Seksyen 23 berhubung isu pembinaan kuil.
Kira-kira 300 penduduk termasuk 40 kaum India hadir dailog itu. Kalangan yang berang dengan keputusan kerajaan negeri hendak bina kuil Hindu dekat kawasan perumahan mereka juga boo kearah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan ADUN Batu Tiga PKR Rodziah Ismail.
Malah satu ketika seorang penduduk tunjuk tapak kasut kearah Khalid dan ramai yang menjerit ‘ penipu’ semasa Rodziah berucap.
Dailog selama sejam itu berakhir tanpa apa-apa keputusan dibuat. Sebelum itu penduduk tidak endahkan jaminan Menteri Besar kata nak kaji balik keputusan. Suasana juga agak tegang bila wakil penduduk India tetap mahukan kuil di Sek 23. Ia jadi lebih hangat bila dia kata orang India boleh tahan dengan laungan azan lima kali sehari. Khalid dalam sidang media di kediaman rasminya tengahari tadi, berkata kerajaan negeri akan mencari alterbatif lain bagi menyelesaikan isu terbabit
Petikan dari AGENDADAILY
Kata Orang : Kesian .... saya label beliau ... MENTERI BESAR PENIPU ... MALU !!!

MB KEDAH MENIRU CARA PERDANA MENTERI --

Bila Perdana Menteri Dato Seri Najib mengadakan ucapan 100 hari dilantik sebagai Perdana Menteri, semua rakyat dapat melihat beliau dan memberikan ucapan tahniah serta cadangan.

Menteri Besar Kedah pula tak pernah teringat nak buat macam tu .. sebab apa ... Entahlah. Penasihat beliau tak ada IDEA besar macam PM.

Tapi baru-baru ini, beliau dengan bangganya .... meraikan KERAJAAN KEDAH MELALUI 500 HARI DENGAN CEMERLANG ...

Dalam 500 hari .... apa perkara-perkara yang beliau buat untuk negeri KEDAH yang tercinta ???

Sebagai rakyat Negeri KEDAH , jom kit fikir sejenak, APAKAH SUMBANGAN BESAR USTAZ AZIZAN sebagai Menteri Besar KEDAH dalam tempoh 500 hari ...

CUMA Sebagai Menteri Besar beliau amat berpuas hati bila isu BABI dapat diselesaikan.

Kerajaan Kedah tidak tiru model Kelantan

Tanggapan bahawa pentadbiran negeri Kedah mengambil contoh model pentadbiran negeri Kelantan adalah tidak benar.

Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menafikan tanggapan itu kerana Kedah ada caranya yang tersendiri dalam mentadbir kerajaan berdasarkan beberapa faktor seperti budaya, majoriti kaum, sosial ekonomi, geografi dan amalan rakyat.
“Kita tidak menjadikan Kelantan atau mana-mana negeri dalam Malaysia sebagai model pentadbiran kerana terdapat beberapa faktor penting yang tidak sama,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pedu YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke 12, di sini hari ini.
Dalam pertanyaannya YB Dato’ Seri Mahdzir ingin tahu sama ada kerajaan pimpinan PAS menjadikan Kelantan sebagai model dalam mentadbir kerajaan negeri. Menteri Besar dengan tegas menjawab, “Tidak.”Apabila Mahdzir mengajukan soalan tambahan barulah Dato’ Seri Ustaz Azizan memberi penjelasan. Menurutnya, sebelum merdeka Tanah Melayu dibahagikan kepada tiga bahagian yang dikenali sebagai Negeri Selat iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.
Manakala Kedah berada di dalam Negeri-Negeri Tidak Bersekutu bersama Johor, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Negeri-Negeri Bersekutu pula mengandungi negeri Pahang, Perak dan Selangor.
Pentadbiran negeri Kedah berjalan dengan stailnya yang tersendiri dalam fokus yang terbaik untuk rakyat dengan meneruskan dan melaksanakan perancangan yang telah dibuat oleh pemerintah dahulu.
Petikan dari Warta Kedah
PEMIMPIN PAS semasa PRU 12 dok kata Kedah akan ikut Model Serambi Mekah Kelantan jika PAS memerintah!
DULU PAS JUGAK CAKAP NAK JADIKAN KEDAH SERAMBI MEKAH KEDUA DI MALAYSIA !!!
Apa sudah jadi ...... Tula masa belum memerintah semua boleh .. bila dah memerintah macam-macam alasan .... Ni baru memerintah tak sampai 2 tahun dah macam-macam alasan.

RM 200,000 - PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA

ADUN Tanjung Dawai YB. Dr. Haji Hamdan Mohamed Khalib menjawap soalan (ADUN) Bukit Kayu Hitam, YB. Dato’ Hj. Ahmad Zaini Japar mengenai program Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah pengangguran dan penyediaan peluang pekerjaan kepada belia di negeri ini.
Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM 200,000 untuk program pembangunan belia dalam Vot B05, ini meliputi program-program pembinaan sahsiah/sukan massa/Hari Belia/Festival Belia Peringkat Daerah dan sebagainya.
Beliau juga berkata Projek SULIHH akan memerlukan seramai 10,000 tenaga kerja dan setelah siap iaitu pada lewat 2011 untuk setiap syarikat yang beroperasi, mereka memerlukan seramai 3,000 hingga 3,500 orang pekerja dan maknanya nanti, kita mesti memastikan peluang pekerjaan ini mesti dinikmati oleh anak-anak tempatan di samping mereka akan diberikan latihan yang secukupnya untuk mencapai kehendak syarikat untuk bertugas untuk mereka.
Oleh yang demikian siapa yang tak ada kerja - JOM KITA RAMAI-RAMAI MOHON KERJA DENGAN BELIAU .... ADA 10,000 kekosongan. JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA ...

PAS tunduk kepada DAP sebab BABI

Babi merupakan BINATANG YANG PALING POPULAR di dunia. Daripada masalah AH1N1 kepada masalah politik di negeri KEDAH.

Malangnya MENTERI BESAR KEDAH seorang USTAZ terpaksa mengadaikan MARUAH ISLAM kerana BABI. Orang Melayu Islam mengharap kerajaan kedah pimpinan PAS bertegas mempertahankan Islam. Namun yang berlaku sebaliknya. Babi lebih penting dari Islam, babi lebih senang dibela dari membela anak orang Islam, Betullah PAS telah terpesong jauh dari Aqidah Islam.... Haram jadi halal, halal jadi haram.... Hati dan mata mereka telah dibutakan untuk menguji sejauh mana lagak dan permainan kotor yang dilakunkan.





Inilah wajah dan perwatakan sebenar orang PAS.... Allah swt baru beri sedikit jawatan untuk ujian..... tetapi orang PAS lupa bahawa itu bukan ujian malah anggapkan itu satu lesen besar untuk mengukuhkan kuasa kerana kuasa itu lebih besar dari Allah swt.


DAP PERNAH MENCABAR PAS JIKA HENDAK MENGUJUDKAN NEGARA ISLAM PERLU LANGKAH MAYAT PEMIMPIN-PEMIMPIN DAP - KARPAL SINGH.



PAS kini telah lari dari matlamat hendak mewujudkan negara ISLAM kerana telah bergabung dengan DAP dan mewujudkan negara LIBERAL.

DAP sudah jaadi macam CHIP MORE ... Sekejap Keluar ... Sekejap Masuk ....


04 September 2009

Pilihan Raya KECIL DUN Bagan Pinang - KERUSI BN

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini. Beliau meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.
Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.
Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).
Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini. Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.
Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.
Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).
Azman juga merupakan naib ketua Umno bahagian Teluk Kemang.
Menurut Bernama, anak lelakinya Hairol Asfani, 22, berkata bapanya meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah.BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. Dalam pilihan raya lalu, DAP menang 10 kerusi, PKR (4) dan PAS (1).
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Normah Zainal Abidin, 49, dan lima anak iaitu Mohd Khusairi, 23, Hairol Asfani, 22, Norsyazila, 19, Norsyafikah, 16, dan Norsyafitra, 13. Hairol Asfani yang ditemui pemberita di hospital itu berkata bapanya dimasukkan ke hospital pada jam 3.30 pagi tadi akibat demam dan tidak boleh berjalan.
"Ayah mengadu demam sebelum ini tapi boleh berjalan tetapi lepas berbuka (puasa) petang semalam ayah tidak boleh berjalan," katanya. Beliau berkata semua anggota keluarga berada di sisi bapanya semasa allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 2.30 petang.
Hairol Asfani berkata bapanya pernah menjalani pembedahan pintasan koronari pada Mei lalu.
Turut hadir di hospital ialah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan ekas Menteri Besar yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa bdul Samad.
"Allahyarham merupakan kawan lama saya dalam Umno, tambahan pula beliau dalah Naib Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan telah berkhidmat dengan baik. aya berharap keluarga allahyarham dapat bersabar menerima dugaan ini dengan abah," kata Mohamad.
Mohd Isa pula berkata pemergian allahyarham adalah kehilangan seorang tokoh mno Bahagian Telok Kemang dan Negeri Sembilan. Katanya allahyarham adalah seorang yang taat kepada parti dan komited dalam ugasan yang diberikan kepadanya.
Jenazah allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan kariah Bagan Pinang malam ini.
Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Abdul Razak ansor berkata beliau akan mengemukakan notis mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang kepada SPR Isnin ini (7 September).
"Terpulang kepada SPR untuk menentukan tarikh penamaan dan pengundian bagi ilihan raya kecil DUN itu," katanya.
Petikan dari BERNAMA
Apakah Barisan Nasional mampu bertahankan kerusi DUN Bagan Lalang ???

Kota Siputeh: PAS tolak keputusan SPR

PAS menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang enggan menerima kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah dengan alasan ia bertentangan dengan perlembagaan negeri.
Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata "SPR tiada kuasa untuk membuat tafsiran atau keputusan kerana kekosongan DUN Kota Siputeh yang boleh diputuskan oleh Speaker dan mesyuarat dewan sahaja.
- Kalau Speaker dan mesyuarat dewan lebih berkuasa dari SPR .... KENAPA TIDAK UMUMKAN SAHAJA PILIHANRAYA oleh Speaker dan mesyuarat DEWAN ..
Abu Hassan tidak hadir kerana sakit dan mempunyai cuti sakit sebagai alasan ketidakhadirannya di sidang DUN.
KENAPA pihak Kerajaan PAS lebih gemar memikirkan HAL-HAL Pilihanraya SAHAJA sedangkan masalah rakyat Negeri KEDAH tidak kedengaran.

Unit Penerangan Kerajaan Negeri Kedah (UPKNK) Lengang.

Betul ke UPKNK sekarang ni dah tak terurus, lintang pukang dan banyak masalah dalaman.

Mengikut bloggers :

  1. Urusan sambung kontrak kerja belum selesai.
  2. Gaji dah 3 bulan tak dapat.
  3. Kenaikan penyelarasan gaji tak selesai.
  4. Nak kenaikan gaji tapi skill grade tak ikut piawaian SPA.
  5. Timbalan Pengarah selalu hilang.
  6. Org yg ada degree mungkin tidak disambung kontrak.


Betul atau tidak ianya untuk kita fikir-fikirkan. Insyallah bila dapat bukti saya kemukakan di dalam blog ini.

Tapi bila hubungi pejabat YB Dato' Amiruddin selaku exco penerangan, pejabat dan pekerja belum diuruskan lagi.

Kertas kerja penyelarasan gaji dan pangkat dah lama kena reject . UPKNK masih guna pakai skim lama kerana semua nak kekal kerja bersama UPKNK.

Cuma UPKNK ni ketegaq sikit, nak fight dan mendesak supaya Kerajaan Negeri guna pakai skim baru seperti yang mereka cadangkan.

Tak dapat melalui exco, depa nak desak melalui Dewan Harian PAS.

Macam tulah perangai pegawai UPKNK, baik semua letak jawatan la.....

Patut la sejak kebelakangan Warta Darul Aman dah tak keluaq. Dulu kat pusat khidmat DUN PKR cukup senang dapat tapi la ni hampeh...... Nak kalu pi cari kat pusat khidmat DUN PAS mesti ada punya. Tambah pulak ada setengah kawasan tak dapat langsung. Pejabat daerah dan perbandaran pun ada yang tak dapat.

Muhasabahlah diri tu.....

Biar Mahkamah Tentukan Kedudukan ADUN KOTA SiPUTEH


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah mahu pihak ketiga yang menentukan kebenaran berhubung kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, berikutan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tiada kekosongan kerusi di situ.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tindakan undang-undang akan tetap diteruskan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN itu, kerana penyandangnya didapati melanggar peraturan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

“Biar pihak ketiga yang tentukan mana yang benar dan sebaliknya. Saya sudah pun memaklumkan kepada Speaker DUN untuk mendapatkan khidmat firma guaman untuk mengkaji isu ini, memandangkan Speaker tidak tertakluk sebagai penjawat awam,” katanya kepada media, selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, semalam.

Azizan berkata, pihaknya turut mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-Undang mengenai tindakan yang wajar dan boleh diambil berhubung isu berkenaan.

“Sebenarnya saya tidak mahu mengecewakan mana-mana pihak, malah saya tidak kisah pun sekiranya pilihan raya ada atau tidak. Yang penting kita ikut undang-undang dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak mahkamah untuk memutuskan siapa yang benar,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri boleh menggunakan kuasa Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah untuk mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh sebelum ini, tetapi menyerahkan kepada SPR untuk membuat keputusan kerana tidak mahu menimbulkan isu yang boleh menjejaskan pentadbiran negeri.

“Sebab itulah kita minta pandangan SPR sebelum buat keputusan, tetapi SPR mengatakan mereka pula yang boleh menentukan sama ada kerusi itu kosong atau sebaliknya berdasarkan sebab teknikal. Dan saya sendiri tidak faham apa yang dimaksudkan oleh mereka mengenai tafsiran teknikal itu,” katanya.

Dalam pada itu, Azizan berkata, Abu Hassan Sarif boleh hadir Sidang DUN akan datang memandangkan masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh dan tidak hilang kelayakan sehingga keputusan mahkamah memutuskan kerusi berkenaan kosong.


Nasihat :- Inilah kerja orang-orang yang gila POLITIK dan orang yang tidak hormati keputusan orang lain. Bila Musyidul Am kata penyokong UMNO tidak akan masuk syurga ... semua PEMIMPIN PAS terima bulat-bulat kenyataan dia. Walaupun dari segi hukum hakamnya ia adalah salah kerana kuasa menentukan SIAPA masuk SYURGA atau NERAKA terletak pada Allah.

Bila SPR umumkan bahawa tiada Piliharaya Kecil di DUN KOTA SIPUTEH ... Menteri Besar Kedah orang yang pertama rasa kecewa kerana telah mengarahkan ketua penyelaras memulakan kempen beri bantuan kepada orang susah di Kawasan Kota SiPuteh.

Mana bantuan kepada orang-orang miskin kawasan lain di negeri KEDAH ??? Kenapa pilih kawasan Kota Si Puteh sahaja ??? ADA UDANG DISEBALIK BATU ...

Rakyat KEDAH banyak lagi yang miskin dan susah ... Kalau benar Kerajaan PAS negeri KEDAH bermegah dengan kejayaan pelaburan RM 37 Billion di Yan .... berikanlah RM 500 kepada semua keluarga miskin di Negeri KEDAH dan berikanlah BONUS sebulan gaji kepada semua kakitangan awam di Negeri KEDAH .... JANGAN asyik bermegah dan menyatakan bahawa Kerajaan KEDAH lani lebih baik dari Kerajaan BN dahulu.

Pada pendapat saya KERAJAAN PAS kini lebih mundur dan tidak aktif dari segi ekonomi. Pelaburan di Negeri Kedah semuanya untuk mengaburi mata masyarakat desa ...

03 September 2009

HALUAN POLITIK PAS Kini SEMAKIN LIBERAL

TAHUN 1970-an dan 1980-an, dunia Islam disemarakkan dengan kemunculan fundamentalisme radikal yang berjuang menegakkan daulah Islamiah.
Kejayaan revolusi Islam Iran pada 1979 meningkatkan lagi semangat golongan terbabit. Namun, apabila runtuhnya Soviet Union pada akhir 1980-an, gerakan terbabit mula menukar pendekatan kepada yang lebih lunak dan liberal.
Di Republik Islam Iran dasar lunak mula diperkenalkan apabila pada 1988, Khomeini mengeluarkan fatwa menggantung peruntukan syariah atas alasan maslaha atau kepentingan awam.Liberalisasi politik ini memperlihatkan kesediaan golongan terbabit untuk bergerak masuk dalam aliran perdana, iaitu sistem demokrasi dengan mempromosikan apa yang dinamakan demokrasi Islam.
Pelbagai istilah mula diperkenalkan seperti mujtama’al-madani (masyarakat sivil), huqud al-insan (hak asasi manusia), hurriyah (kebebasan) dan al-ta’addudiyah (kemajmukan) yang semuanya dikaitkan dengan demokrasi.Slogan mengenai negara Islam tidak begitu ditonjolkan lagi. Liberalisasi politik dapat dikesan di Mesir, Maghribi, Tunisia, Algeria, Yaman dan beberapa negara Arab lain.
Di Indonesia dan Malaysia, golongan fundamentalis yang berjuang melalui politik turut mengubah haluan dan pendekatan mereka.Di penghujung era 1990-an, tuntutan terhadap reformasi demokratik berkumandang di Indonesia yang akhirnya menyaksikan kejatuhan rejim Suharto pada 1998.
Pada 1998 itu juga berlaku reformasi jalanan di negara kita.Ia digerakkan oleh Anwar Ibrahim selepas beliau disingkir daripada kerajaan dan parti atas dakwaan liwat dan rasuah. Reformasi jalanan terbabit melaungkan anti-Mahathir yang dianggap zalim dan bersifat diktator. Gerakan itu akhirnya melahirkan parti politik yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dalam kes di Indonesia, dua kumpulan Islam iaitu Muhammadiah dan Nahdatul Ulama turut memainkan peranan dalam tuntutan reformasi demokrasi. Mereka cuba mengekang kuasa rejim Suharto yang dituduh bersifat authoritarian.
Di negara kita, Pas turut memberikan sokongan terhadap perjuangan reformasi jalanan atas alasan kononnya menentang kezaliman Mahathir dan Umno terhadap Anwar.Ketika itu Pas dipimpin oleh Allahyarham Datuk Fadhil Noor, seorang tokoh politik yang dihormati dan disegani. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002. Bertolak daripada sinilah, Pas terus sedikit demi sedikit berubah dari sebuah parti bersifat fundamental kepada yang lebih liberal.Perlu difahami bahawa pengertian fundamental atau al-ushuliyyah merujuk kepada fahaman pelaksanaan agama yang berasaskan kepada tafsiran literal sesuatu teks. Maksud al-Ushuliyyah dalam pengertian Islam adalah daripada akar kata ‘al-Ashl’ bererti bahagian paling dasar daripada sesuatu. Bentuk jamak (plural) ashl adalah Ushul. Kata ashl (fundamental) juga memberi pengertian dasar atau pangkal (Dr Muhamad Imrah, Perang Terminologi Islam versus Barat, 1998).Justeru, tidak hairanlah apabila Pas mula dikuasai kelompok muda radikal pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, maka suara dan prinsip perjuangan parti itu sangat berpegang kepada pemahaman tekstual ayat-ayat al-Quran sehinggakan beliau menghukum sesiapa yang berbaik-baik dan bekerjasama dengan orang kafir dalam urusan politik adalah haram, malah ‘kafir’.
Beliau menyerang Umno dengan keras sehingga timbul kontroversi isu ‘Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang’ yang mengkafirkan Umno. Ketika itu, Hadi dengan semangat revolusi Iran begitu tegas memperjuangkan Daulah Islamiah (negara Islam) dan hukum hudud.Namun, sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-11 (2004), Pas tidak lagi menonjolkan isu negara Islam dan hudud. Dalam pilihan raya itu, Pas mula menggunakan beberapa slogan seperti ‘negara kebajikan’ dan ‘masyarakat sivil’.
Pas sudah bersedia untuk bekerjasama dengan DAP.Jelas bahawa Pas mula lari daripada prinsip perjuangannya yang tidak mengizinkan bersekutu atau bersama dengan golongan bukan Islam. Selain itu, Pas turut menerima perjuangan PKR yang memperjuangkan hak-hak sivil rakyat secara yang lebih liberal.Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu, suara Pas semakin liberal dan lunak sehingga bersedia membentuk satu pakatan politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat merangkumi PKR, Pas dan DAP.
Kini, semakin terbukti bahawa demi kuasa, Pas bersedia mempertahankan DAP walaupun beberapa pemimpin muda parti itu cuba menghina dan memperlekehkan Islam.Penulis kira soal mereka jahil bukan alasan untuk membiarkan mereka menghentam Islam sesuka hati. Pemimpin muda DAP seperti Ronnie Liu, Jeff Ooi dan Loke Siew Fook sekurang-kurangnya tidak jahil mengenai Islam sebagai agama rasmi negara dan wujudnya larangan hasutan berhubung isu-isu sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan. Jika mereka jahil mengenai fasal penting dalam Perlembagaan, sewajarnya mereka tidak layak menjadi wakil rakyat kerana ia boleh merosakkan negara.
Justeru, amat mendukacitakan apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membela mereka semata-mata atas kepentingan politik menyebabkan DAP berlagak seperti ‘kaduk naik junjung’.Sebenarnya, ketika era kepemimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi, Pas bersifat reformis dan nasionalis. Ketika itu tidak berbangkit idea mengenai Daulah Islamiah. Gagasan yang dibawa adalah ‘nasionalisme Melayu dengan cita-cita Islam’. Buktinya, cadangan pembentukan sebuah negara Islam ditolak pada kongres Pas 1954.
Satu lagi bukti ialah pada pertengahan 1970-an Pas di bawah Datuk Asri Muda bersedia menjadi komponen dalam Barisan Nasional (BN). Ketika Pas bersama BN, Anwar yang mengasaskan dan memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengkritik kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein yang dikatakan bersifat autokratik dan tidak Islamik.
Pada 1981, Hadi mula mewarnai dan mencorak pendekatan Pas ke arah yang bersifat radikal dan tidak berkompromi sama sekali dengan Umno, apatah lagi dengan DAP. Namun, hari ini semuanya sudah berubah dan menimbulkan pelbagai persoalan mengenai perjuangan parti itu.
Suara PolitikTaminsari

Berita CEK TENDANG

Keajaan Negeri Kedah Hampir Muflis.....?

Baru-baru ini berlaku kekecohan di sebuah bank di kawasan Kulim gara-gara Ketua-Ketua kampung tidak dapat menunaikan cek elaun tertunggak mereka. Ketua-Ketua Kampung (MKK) telah menerima bayaran elaun tertunggak mereka untuk 6 bulan sebanyak RM1,800.00 seorang melalui cek boleh tunai, namun cek tersebut tidak dapat ditunaikan.
Pihak bank tersebut telah memaklumkan kepada mereka bahawa cek tidak dapat ditunaikan kerana wang di dalam akaun tidak mencukupi. Pihak bank meminta Ketua-ketua Kampung datang semula pada hari Isnin ini untuk melihat samada duit ada atau tidak di dalam akaun.Ketua-Ketua Kampung merasa terkilan kerana mereka seolah-olah dipermainkan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah.
Mereka sudah menunggu selama 6 bulan dan apabila menerima cek ianya cek tendang.
Malu..... sungguh memalukan.....
Adakah Kerajaan Negeri Kedah sekarang begitu daif sehingga tidak mempunyai wang mencukupi untuk pembayaran-pembayaran kecil sedemikian….?
Adakah benar Kerajaan Negeri Kedah sekarang semakin tenat dan hampir muflis…..?
Kita tunggu dan lihat. (Petikan dari http://sungguhka.blogspot.com)

02 September 2009

Kerajaan PASOLA PERAK - PaS & DaP


Gambar Bekas Speaker Kerajaan PERAK
(Senyum dia tu ada makna)


Sidang DUN Perak Kerajaan PASOLA (bawah pokok) yang dipanggil oleh Bekas Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.

Hotel Heritage dijadikan Dewan, (mungkin dulu tak sempat buat duit... jadi buat sidang bawah pokok). Sivakumar duduk di kerusi yang dijadikan tinggi manakala setiausaha dewan yang dilantik Pakatan, Misbahul Munir Masduki duduk di bawah di depannya. Semua wakil rakyat Pakatan hadir cuma empat sahaja ADUN Pakatan tidak kelihatan - tiga ditangkap dan seorang lagi sedang mengerjakan umrah.



ADUN BN semua boikot .... sebab SIDANG ini dianggap DRAMA sahaja.

APAKAH INI KERAJAAN YANG DIPERLUKAN OLEH MASYARAKAT MALAYSIA ???

Percayakah semua ini adalah gimik Anwar Ibrahim .... ??? Untuk memesongkan fikiran masyarakat daripada memberi tumpuan kepada KES LIWAT beliau pada hari yang sama ....

PAS Dun Kota Siputeh hulurkan bantuan kepada golongan daif



Penyelaras Dun Kota Siputeh, Ustaz Hj Ismail Wan Teh akhir-akhir ini sahaja hendak menunjukan bantuan dan simpati beliau terhadap masyarakat Di DUN KOTA SIPUTEH.

Sejak 2008 PAS memerintah negeri KEDAH, tak pernah masyarakat dengaq ada bantuan seperti ini. Apakah niat baru-baru ini pihak PAS hendak memberi bantuan kepada masyarakat DUN KOTA SIPUTEH ?

Umat ISLAM tidak di ajar supaya menunjuk-nunjuk atau bermegah bila menghulurkan bantuan.

Tapi hairan bila PAS nak bagi bantuan ... wartawan diperlukan dan niat Ustaz pula entah la .... bersungguh-sungguh nak menolong atau CUMA INGIN JADI CALON SEKIRANYA DUN KOTA SIPUTEH diadakan Pilihanraya Kecil.

Komen dari pembaca : pasti kena ada wartawan baru boleh bagi sumbangan tak kirala berapa pun.. kalu hati niat nak menolong orang yang memerlukan bantuan mestila beri dengan ikhlas tak perlu la nak panggil wartawan atau dihebohkan dalam internet...kami ni rakyat yang ada akal dan fikiran andai kata pemberian itu ikhlas dan tak pentingkan populariti akan kami kenang serta sokong sekiranya anda bertanding... tapi sekarng nie lain la pulak ....



PAS dah MULA nak GLAMOUR.

Ikhtibar : Semulia-mulia sedekah yang bisa menggoncang gunung, meleburkan besi, memadamkan api, ialah sedekah tersembunyi yang dihulurkan tangan kanan, disembunyikan tangan kiri. -maksudnye sedekah yang xde nak heboh 1 Malaysia.

01 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID KUALA SIN.































Majlis berbuka Puasa di masjid Kuala sin Pada 30hb Ogos 2009. Antara Aktiviti yang dijalankan ialah:-



1. Tahlil

2. Sumbangan kepada Fakir Miskin untuk hari raya

3. berbuka Puasa bersama penduduk setempat

4. Solat Bejemaah bersama penduduk disekitar kuala Sin

31 August 2009

LAWATAN KE RUMAH MANGSA-MANGSA BANJIR DI KAMPUNG PADANG TOK SORA








Pada 29hb Ogos 2009 Dato' ketua bahagian telah menziarahi rumah-rumah yang dilanda banjir di kampung Permatang Tok Sora

30 August 2009

MERASMIKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-52 DAN PERASMIAN SUKANEKA







Majlis Perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 dan perasmian sukaneka anjuran PPP Cawangan Sungai Layar....