03 October 2009

PAKATAN RAKYAT KINI BERGELAR PEMUSNAH RAKYAT (PR)

Pilihanraya di dalam Malaysia kini dianggap tidak lagi selamat kerana diancam cara berpolitik SAMSENG oleh Pemusnah Rakyat (PR).

Pemusnah Rakyat yang digolongi oleh PAS, PKR dan DAP kini tidak lagi dapat berpolitik secara tulus dan berhemah. Pemusnah Rakyat (PR) berkempen dalam keadaan terdesak sambil memberi isyarat kepada rakyat di DUN BAGAN PINANG dengan jelas bahawa mereka sudah KALAH di Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang.

Cara kempen BUDAYA SAMSENG yang dibawa oleh PEMUSNAH RAKYAT (PR) mesti dihentikan kerana ia akan mengugat KEHARMONIAN DAN DEMOKRASI NEGARA MALAYSIA. Rakyat di DUN BAGAN PINANG khasnya dan RAKYAT SELURUH MALAYSIA amnya perlu bertanggungjawap agar BUDAYA SAMSENG yang dibawa oleh PEMUSNAH RAKYAT (PR) perlu ditolak kerana ia mencemarkan PROSES DEMOKRASI.

MAJLIS RUMAH TERBUKA UMNO BAHAGIAN MERBOK PADA 03HB OKTOBER 2009

Barisan Puteri UMNO Bahagian Merbok

Barisan Pemuda UMNO Bahagian

Barisan Wanita UMNO Bahagian




Barisan AJK Bahagian bersama Dato' Ketua dan YB. Senator Dato'




Pucuk Pimpinan MCA Bergambar dengan Ketua Bahagian dan YB. Senator.

Penyampaian cenderahati

Penyampaian cenderahati

penyampaian cenderahati




Penyampaian Hamper dan sumbangan kepada 20 orang anak yatim dalam Parlimen Merbok


Barisan pemuda Merbok bersama Pemimpin MCA Merbok menikmati hidangan yang disediakan



Ucapan selamat hari raya dan Tahniah dari
YB. Senator Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir B Baharom




Ucapan Aluan, Ucapan Terima kasih kepada semua yang hadir dan Dato' ketua Bahagian mengucapkan Selamat hari Raya kepada semua para jemputan


Persembahan dari band Flat paya Nahu 2


Persembahan kebuadayaan dari kaum India


Persembahan dari Band belia Flat Paya Nahu 2


Persembahan dari belia MCA Merbok

Persembahan kebudayaan dari kanak-kanak Tadika Cinta Sayang






Ketibaaan tetamu Kehormat YB. Senator Mejar Jeneral Dato' jamil Khir B Baharom (B)





Dato' ketua Bahagian menyambut tetamu


Para tetamu mengambil juadah

ketibaan tetamu

Dato' ketua Bahagian bersama Datin menyambut kedatangan tetamu


Antara juadah yang panas-panas.

Persiapan makanan

Persiapan makanan oleh wanita Bahagian



Ketua Bahagian bersama AJK Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri menyambut ketibaan para jemputan seawal 11.00 pagi




Majlis Rumah terbuka UMNO Bahagian Merbok telah diadakan pada 03hb Oktober 2009. Majlis yang diadakan di Dewan Perdana Institut Kemahiran Mara (IKM), Sungai Petani, kedah. Majlis bermula seawal jam 11.00 pagi. Tetamu Kerhormat yang dijemput ialah YB. Senator Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir B Baharom (B) Menteri Di Jabatan Pernama Menteri merangkap Pengerusi Penerangan Negeri Kedah. majlis ini berlangsung dengan jayanya. Pelbagai Program diatur bagi memeriahkan majlis rumah terbuka. Majlis bermula dengan persembahan dari Band Flat Paya Nahu 2 yang dipimpin oleh En. Zaini. Jam 12.20tengahari ketibaaan tetamu Kehormat YB. Senator Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir B Baharom. Seterusnya persembahan dari kanak-kanak Tadika Cinta Sayang dan disusuli dengan persembahan dari anak belia MCA Bahagian Merbok. Selesai persembahan tersebut YB. Dato' Senator menyampaikan Sumbangan kepada 20 anak-anak Yatim di dalam bahagian Merbok dan seterusnya penyampaian saguhati kepada para-para pelajar tadika dan belia MCA. Sambil menikmati juadah tetamu dihiburkan oleh Band remaja dari flat Paya Nahu dengan lagu-lagu hari raya. Majlis diteruskan dengan persembahan kebuadyaan dari penari-penari Flat Paya Nahu dan seterusnya persembahan kebudayaan dari masyrakat India. Persembahan terakhir dari Band remaja Flat paya Nahu mengakhiri majlis jamuan hari raya pada jam 5.10 petang.

30 September 2009

PAS TERPAKSA MENIPU RAKYAT

Rakyat Negeri Kedah membidas sikap penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani kerana ibarat menangguk air yang keruh, yang agak rakus menyaman kenderaan atas pelbagai kesalahan kecil sejak kebelakangan ini. MBAS juga sama.

Ramai pengguna kereta yang dikenakan kompaun kerana meletakkan kenderaan tanpa kupon atau tamat tempoh kupon.

Kerajaan PAS pernah berjanji supaya tidak akan mengenakan bayaran letak kereta dan akhirnya memungkir janji kerana tidak mampu membiayai kewangan negeri Kedah.

Seorang pengguna menyatakan bahawa beliau hanya untung RM 10 daripada penurunan cukai tanah yang diumumkan oleh kerajaan PAS tetapi rugi sebanyak RM 50 setahun selepas 5 kali di kenakan saman letak kereta.

Penguatkuasa sepatutnya menggunakan budi bicara mereka sebelum mengeluarkan kompaun dan Kerajaan PAS KEDAH perlu menunaikan janji Pilihanraya dan menyokong slogan "NIKMAT UNTUK SEMUA". Lani bukan lagi nikmat ... Lebih baik BN memerintah .. rakyat tak teruk macam ni .... KERAJAAN PAS lani dah kering sangat ker modal dalam bank ....

HAIRAN PULA BILA HAMPIR 50 BILL BOARD dengan muka MB terpampang merata-rata di Negeri Kedah dengan slogan "Nikmat Untuk Semua". Dijangkakan Kerajaan PAS Kedah membelanjakan RM 1 JUTA untuk BILL BOARD ...

Seorang lagi pengguna di Alor Setar terpaksa menunggu Yang DiPertua sehingga pukul 7.00 malam untuk membuka kunci pada tayar beliau kerana meletak di tempat yang salah. Bagaimana pula jika YDP pergi ke luar negara ? Terpaksalah pemandu itu meninggalkan kereta di situ sehingga YDP balik. Adakah ini mencerminkan budaya NIKMAT UNTUK SEMUA bila diperintah oleh Kerajaan PAS ?

TUNAIKAN JANJI KEPADA RAKYAT -- PESANAN KEPADA KERAJAAN PAS KEDAH

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM"RIDE FOR FUN & RUN FOR FUN" LEMBAH BUJANG 2009, MERBOK.
















Kejohanan Ride for fun & run for fun Lembah bujang, Merbok merupakan kejohanan yang melibatkan semua peringkat termasuk peserta dari Merbok, peserta dari seluruh Malaysia dan peserta dari Negara Luar. Kejohanan ini mendapat penyertaan dan sambutan yang amat baik. selain dari bersukan kejohanan ini juga dapat memperkenalkan Kawasan merbok yang kaya dengan Alam semulajadi yang masih segar serta keindahan, kehijauan kawasan dalam Merbok. kejohanan ini akan dijadikan kejohanan tahunan dalam kalender Merbok. Kejohanan ini diadakan pada 26hb September 2009 yang dilepaskan dan disempurnakan majlis penyampaian oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok seawal 7.00 pagi.