01 November 2009

MAJLIS PERLANCARAN TABUNG KEBAJIKAN 1 MALAYSIA PARLIMEN MERBOK









Pada 31hb Oktober 2009 satu majlis pelancaran tabung Kebajikan 1 Malaysia telah dilancarkan oleh YB. SENATOR MEJOR JENERAL (B) DATUK JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Pada Majlis tersebut juga seramai 6 orang OKU menerima sumbangan dari Tabung Kebajikan yang disampaikan oleh YB. Menteri yang terdiri dari pelbagai kaum.

LAWATAN DATO' KETUA BAHAGIAN KE PREMIS-PREMIS YANG TERBAKAR DI PASAR TAMAN RIA.






















Pada malam kejadian Dato' Ketua Bahagian bersama dengan AjK Bahagian telah membuat lawatan ke premis-premis yang terbakar. Lawatan kali kedua pada sebelah pagi pada hari kedua pada 30Hb Oktober 2009. Dalam Lawatan Dato ' Ketua Bahagian telah memberikan sumbangan peribadi kepada 14 peniaga yang terlibat dalam kemusnahan kebakaran tersebut. Pada lawatan tersebut dato' Ketua Bahagian melawat semua premis yang terlibat. Antara Premis-premis yang terlibat ialah para Peruncit dan penjual sayur-sayuran.

MAJLIS PENYERAHAN CEK KEPADA PENERIMA YANG TERDIRI DARIPADA MISKIN-MISKIN BANDAR DALAM PARLIMEN MERBOK










Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Kawasan Zon Kuala Muda/Yan Unit Penyelarasan, Jabatan Perdana Menteri pada 25Hb Oktober 2009 bertempat Di SP Inn Sungai Petani. Pada Majlis tersebut pelbagai kaum menerima bantuan yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan Rm 500,000.00 sebulan untuk diagihkan bantuan kepada penduduk dalam Parlimen Merbok melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat.

MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TAMAN RI JAYA FASA 2










Setelah Selesai Program Mini Maha Di Changlun, Dato' Ketua Bahagian meneruskan agenda dengan Mesyuarat Biro Politik UMNO Merbok bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 7.00malam, seterusnya Dato' ketua Bahagian menghadiri Program rumah terbuka Deepavali pada jam 8.00 malam bersama MIC. Pada Jam 9.00 malam Dato' ketua Bahagian ke Taman Ria Jaya Fasa 2 bagi merasmikan penubuhan Pemuda UMNO cawangan Taman Ria Jaya Fasa 2.

MAJLIS MINI MAHA DI CHANGLUN KEDAH PADA 24HB OKTOBER 2009





Pada 24Hb Oktober 2009 satu majlis mini MAHA diadakan di perkarangan tempat letak kereta di Changlun Kedah, Pada Majlis tersebut Menteri dan Timbalan Menteri Pertanian turut hadir memeriahkan majlis.