24 October 2009

NIK AZIZ INGIN JADI PRESIDEN PAS

PKR 'parti bateri 3A'


KUALA LUMPUR 23 Okt. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) disifatkan sebagai 'parti bateri bersaiz 3A' yang kekuatannya hanya ditentukan oleh Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan Naib Presiden, Azmin Ali.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, oleh itu, PKR akan hanya mampu bertahan sehingga salah seorang daripada A (Anwar, Azizah dan Azmin) kecundang atau bersara dari arena politik.

''Awak tengoklah sendiri, Anwar yang melantik Azmin sebagai Pengerusi PKR Sabah baru-baru ini, tetapi setelah ditentang, Azizah yang perlu menggugurkan Azmin daripada jawatan itu, bukannya Anwar.

''Apa ini? Siapa Penasihat PKR, yang mana satu Presiden dan apa peranan Azmin sebagai Naib Presiden?'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas krisis kepimpinan dalam PKR Sabah apabila pelantikan Azmin ditentang oleh 18 daripada 23 ketua bahagian di negeri berkenaan.

Sebelum itu, beberapa laman web melaporkan Anwar melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk mengetuai PKR Sabah tetapi pelantikan itu ditentang oleh Azmin.

Isnin lalu pula, Anwar menafikan wujud krisis dalaman PKR Sabah manakala Zaid mengakuinya.

Dalam laporan Utusan Malaysia pada 19 Oktober lalu, bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan menggambarkan Azmin sebagai seorang yang istimewa kepada Anwar.

Abdul Latiff menambah, sesebuah parti politik sepatutnya mempunyai institusi pentadbiran yang kukuh dan teratur demi memastikan ia mengamalkan sistem demokrasi.

Namun katanya, PKR tidak mengamalkan sistem tersebut kerana perjalanannya diatur oleh tiga pemimpin itu dengan melihat terdapat pertindihan tugas di antara Wan Azizah dan Anwar.

Tegas beliau, PKR akan 'kehabisan bateri' tidak lama lagi kerana ia dibentuk demi kelangsungan politik Anwar, namun sekarang ia tidak lagi mempunyai arah tuju yang jelas.

''Zaid pula sebelum ini bertindak meninggalkan UMNO atas alasan tidak diberi peluang bersuara, namun saya tidak pula dengar suaranya berdegar-degar dari PKR kebelakangan ini," ujarnya. - Dr Latiff Ahmad


Petikan Dari Utusan Malaysia

SIAPA LEBIH HEBAT ... NIK AZIZ ATAU HADI AWANG ???

Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup melihat PAS berpecah gara-gara ingin melihat beliau masih berkuasa. Beliau sanggup menolak Presiden PAS Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Nasaruddin yang dilantik oleh ahli-ahli.

N** Ajis mencadangkan supaya mengadakan muktamar agung luar biasa PAS.


Dia terlalu bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

22 October 2009

DATO" KETUA BAHAGIAN MENGHADIRI MAJLIS BERSAMA MASYARAKAT CINA DI SEKITAR BEDONG, SUNGAI LALANG, SEMELING DAN AIR MENINDEH PADA 21HB OKTOBER 2009








Selepas seharian bersama Program Subur dan sambutan Deepavali Dato' Ketua Bahagian meneruskan program pada sebelah malam dengan melawat program anjuran-anjuran masyarakat cina yang bermula pada jam 8.00mlm sehingga 11.00malam. pelbagai acara kebudayaan dan kesenian mayarakat cina yang diadakan.

MAJLIS SAMBUTAN DEEPAVALI BAGI MASYARAKAT INI DALAM PARLIMEN MERBOK PADA 21HB. OKTOBER 2009














Majlis Sambutan perayaan Deepavali dimeriahkan dengan penyampaian sumbangan oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok merangkap Penyelaras Parlimen Merbok. Disamping kesusahan menyambut Deepavali bagi yang miskin sumbangan yang diterimi memberikan cahaya kepada mereka menyambut Deepavali.






MAJLIS TAKLIMAT PROGRAM SUBUR BAGI DUN TANJUNG DAWAI








Majlis taklimat yang diadakan di PPK Merbok bermula jam 2.30 petang pada 21Hb Oktober 2009. majlis tersebut diadakanbagi memberi penerangan berkenaan dengan Program subur.

MAJLIS CERAMAH KEPADA PEMIMPIM MASYARAKAT SUNGAI PETANI DAN PENYAMPAIAN CEK KEPADA PESERTA YANG LAYAK ANJURAN PERKESO SUNGAI PETANI








Majlis anjuran PERKESO Kuala Muda memberi penerangan betapa pentingya Perkeso kepada pekerja. Banyak faedah yang diperolehi kepada pencarum-pencarum dan keluarga Perkeso. Majlis berlangsung di Hotel Swiss Inn pada 20hb Oktober 2009. Pada Majlis tersebut pegawai PERKESO memberi penerang dan penyampaian cek kepada penerima-penerima yang layak.

21 October 2009

ISU KPP - PAS TERTEKAN

Kelab Penyokong PAS (KPP) yang terdiri daripada Kaum Cina dan India mahu kepemimpinan PAS mengotakan janjinya dengan menyegerakan langkah menaikkan taraf kelab itu sebagai sayap parti itu.

BILA KPP akan menjadi sebuah DEWAN ????

Oleh kerana kegagalan PAS berbuat demikian, Kaum Cina dan India yang menyokong PAS mula merungut dan menyatakan kebimbangan ekoran kelewatan PAS merealisasikan hasrat tersebut.

PAS yang pada mulanya memperjuangkan DASAR ISLAM .. kini kehilangan arah tuju dan sedang mengalami kehancuran gara-gara terlalu banyak berjanji hingga tidak dapat mengotakan janji mereka. Apakah rakyat memerlukan PAS lagi ???

Apakah DASAR ISLAM yang akan diketengahkan kepada KELAB PENYOKONG PAS atau DASAR 1 MALAYSIA ? ....

PAS selalu ketinggalan dalam bab NASIONAL ..... Hanya tahu mengutuk dan mencari salah orang lain ... Kali ini mereka terjerat apabila ISU BABI di Utamakan di Kedah .... Pemimpin PAS di Selangor di cemuh oleh rakyat kerana gagal melaksanakan undang-undang Islam di Selangor. PAS kalah teruk di DUN BAGAN PINANG .... Tak cukup dengan itu ... nak bawa kes DUN BAGAN PINANG ke Mahkamah Antarabangsa .... Dah kehabisan modal kot ....

19 October 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BAGI MASYARAKAT INDIA SEMPERNA DEEPAVALI PADA 19HB OKTOBER 2009
















Setelah selesai jamuan hari raya dan lawatan pemimpin bersama rakyat, Dato' ketua Bahagian telah menghadiri majlis penyampaian Sumbangan kepada kaum india Semperna Deepavali 2009. Seramai 300 orang yang layak dari kaum india telah diberikan sumbangan. majlis tersebut diadakan di Bukit Selambau dan Semeling.

DATO KETUA BAHAGIAN MENGUNJUNGI JAMUAN HARI RAYA DAN LAWATAN PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT PADA 19HB OKTOBER 2009














Pada 19hb Oktober Dato' ketua Bahagian telah mengunjungi jamuan raya dan lawatan pemimpin bersama rakyat bermula jam 12.00 tengahari sehingga 4 petang. Pada Jam 4 petang Dato' ketua Bahagian Menghadiri majlis Penyerahan hamper kepada kaum india yang miskin semperna Deepavali.

JAMUAN HARI RAYA DI TAMAN ORKID PADA 18HB OKTOBER 2009







Jamuan Hari Raya diadakan di Taman Orkid pada 18Hb Oktober 2009.

PKR SEMAKIN HANCUR -- PAS PENING KEPALA

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menerima tamparan hebat sekali lagi apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berhasrat meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Dengar cerita ramai lagi wakil PKR akan menjadi bebas selepas ini ekoran kegagalan "Perompak-Perompak Rakyat" (PR) gagal berfungsi sebagai satu pasukan.

Barisan Nasional telah membuktikan sekian lama dapat bekerjasama diantara UMNO, MCA, MIC dan lain-lain komponen.

"Perompak-Perompak Rakyat" (PR) baru dua tahun dah macam-macam cerita yang keluar ...

1. 2 WAKIL PKR Keluar jadi BEBAS di PERAK
2. 1 WAKIL PKR Keluar jadi BEBAS di KEDAH
3. 1 WAKIL PKR Keluar jadi BEBAS di SELANGOR ...


APAKAH PKR BOLEH DIPERCAYAI LAGI ....

KENAPA MEREKA SEMUA KELUAR JADI BEBAS .... ???


Macam Nabil Kata ... LU FIKIRLA SENDIRI ....


LAWATAN PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT PADA 18HB OKTOBER 2009








Dato' ketua Bahagian bertemu dengan para pengundi untuk mendekati dan mendengar pemasalahan pengundi


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DI KUALA SIN PADA 18HB OKTOBER 2009








Majlis jamuah Hari raya bertempat di Kuala Sin, Bukit Selambau. diadakan pada 18hb oktober 20009.

Negeri Kedah Di Landa Rasuah Balak - PAS

PENGARAH JABATAN HUTAN KEDAH ANTARA EMPAT YANG DITAHAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA SEJAK SEMALAM. KESELURUHAN KES RASUAH BERJUMLAH 403 RIBU RINGGIT BAGI TUJUAN MELULUSKAN KAWASAN BALAK DI HULU MUDA KEDAH.



KEPADA SIAPA DILULUSKAN ? ... ATAS ARAHAN SIAPA ?... SURE MB KEDAH TAU (USTAZ AZIZAN ... SEBAB DIA PENGERUSI BALAK)

KALAU RASUAH SAHAJA RM 403,0000 ....

BERAPA PULA AGAKNYA NILAI BALAK ...

PUAK-PUAK PAS ini pun dah pandai menggunakan DASAR PERJUANGAN ISLAM untuk mencuri DUIT RAKYAT.....