27 October 2009

PAS MULA MOGOK DI KEDAH

Lebih kurang 20-30 ahli PAS berkumpul di hadapan pejabat KOSMO di Alor Setar, Kedah pada jam 3.00 petang untuk membuat demonstrasi supaya pihak KOSMO menarik balik kenyataan akhbar yang bertajuk "JANGAN PANDANG RENDAH AJARAN SESAT" tulisan ZULKIFLI MANZOR.



PETIKAN BERITA KOSMO! TERSEBUT IALAH :

Meskipun hampir 3 dekad berlalu namun peristiwa Balai Polis Batu Pahat Johor yang diserang oleh sekumpulan 20 pengikut ajaran sesat kira-kira 29 tahun lalu masih menjadi igauan sehingga kini.

Dalam kejadian pada 16 Oktober 1980 itu sekumpulan pengikut ajaran sesat bersenjatakan parang mengamuk di balai itu menetak anggota polis dan orang awam.

Kemudian berlaku peristiwa Memali pada 19 November 1985 yang mengorbankan 18 orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain di Kg Memali Kedah. Dalam kejadian tersebut pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dengan penduduk kammpung yang cuba mempertahankan ketua mereka Ibrahim Libya daripada ditahan.

Itu antara catatan hitam yang menunjukkan bagaimana ajaran sesat mampu mengundang bencana dalam institusi kemasyarakatan sekiranya tidak dibendung awal.

26 October 2009

SERAMBI MEKAH DILANDA HIV

Persidangan DUN Kelantan hari ini diberitahu jangkitan HIV secara seksual di negeri itu amat membimbangkan di kalangan remaja dan dewasa.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata Kelantan kini mempunyai 749 kes HIV dan jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding jumlah sebelum ini.

Beliau berkata bagi kes jangkitan baru kepada golongan rakyat Kelantan berumur 20 hingga 29 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus, manakala mereka berumur 30 hingga 39 tahun meningkat 42 peratus.

"Pada tahun 2003 jangkitan HIV menular melalui suntikan adalah 70 peratus, namun pada 2008 penyebaran HIV menurun kepada 53 peratus.

"Selain suntikan, penyebaran HIV di Kelantan kini turut tersebar melalui seksual iaitu meningkat daripada 19 peratus pada 2007 kepada 27 peratus pada tahun lepas," katanya ketika menjawab soalan Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong) pada sidang DUN hari ini.

Wan Ubaidah berkata kerajaan negeri mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap bahayanya HIV itu termasuk mewajibkan saringan HIV untuk pasangan yang akan berkahwin.

APAKAH KERAJAAN BEGINI YANG DIPERLUKAN ... TIDAK DAPAT MEMBENDUNG MASALAH MASYARAKAT SEPERTI PENINGKATAN PENYAKIT HIV ????