26 September 2009

DAP MARAH PAS KEDAH

Isu Kedah : Memang Patutpun DAP Memarahi PAS!

Artikel ini pernah di tulis ketika Pakatan Rakyat mula-mula melangkah kaki untuk menguasai negeri jelapang padi iaitu Kedah. DAP ada hak untuk mengemukakan bantahan terhadap MB Azizan kerana MB Azizan pernah berjanji kepada kaum bukan Melayu untuk membenarkan " pasar terbuka " bagi penjualan daging babi. DAP menganggap PAS tidak mengotakan janji-janji mereka kepada kaum bukan Melayu. Mungkin bagi DAP, MB Azizan cakap tak serupa bikin?

Pas Semakin Hilang Arah Perjuangan

Kalau nak dibandingkan dengan Selangor, Perak dan Pulau Pinang kedudukan Pas adalah selesa di Kedah dan Kelantan. Di negeri Kedah misalnya kerusi yang dimenangi oleh DAP dan PKR adalah sangat sedikit. Walaupun sedikit tetapi cengkaman DAP terhadap negeri itu boleh dikatakan agak kuat juga. Dapat dilihat DAP semakin cuba untuk menguatkan kedudukannya di semua negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Terbaru apabila DAP yang tidak mempunyai kuasa di Kedah telah berjaya untuk mempengaruhi keputusan Menteri Besar, Azizan Abdul Razak. Dalam satu sidang akhbar, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya.

Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka. Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah “.

Mengenai isu penjualan daging babi secara tertutup yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelumnya, MB Azizan berkata mereka akan membenarkan perjualan daging babi secara terbuka bagi memudahkan kaum bukan Melayu membelinya.

Nampak gayanya sekarang cara bagaimana BN mengatasi perkara ini adalah lebih baik daripada apa yang hendak dilakukan oleh Pas Kedah. Sekurang-kurangnya kerajaan BN mengasingkan tempat halal dan bukan halal dipasar-pasar besar bagi memudahkan orang Islam dan bukan Islam berniaga dan membeli-belah. Apa dah jadi kepada kerajaan Pas Kedah sekarang? Definasi “ secara terbuka “ ada banyak maknanya. Secara terbuka ditempat awam ataupun secara terbuka ditempat yang dikhaskan ( tertutup ).

Jika dilihat dari lapuran tersebut mungkin ramai orang Islam terutamanya di Kedah akan marah dan kecewa dengan apa yang akan berlaku. Mereka mungkin kecewa dengan Perjuangan Islam yang selama ini dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Kadang-kadang terfikir juga, apakah sebenarnya yang Pas hendak tonjolkan di dalam pemerintahannya. Kalau dilihat sejak kebelakangan ini dimana DAP semakin agresif menekan rakan-rakan mereka didalam Pakatan Rakyat, adalah tidak salah jika saya mengatakan pemimpin Pas Kedah telah di cucuk hidungnya.

Pas nampaknya lebih tunduk kepada DAP daripada hukum Allah SWT. Sepatutnya Pas mampu melaksanakan banyak hukum Allah SWT di bumi jelapang padi ini kerana ianya bukan kerajaan campuran seperti di Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Mungkin penyokong-penyokong Pas kini terpaksa melupakan hasrat atau impian menubuhkan Kerajaan Islam di Kedah kerana perkara-perkara yang sekecil inipun gagal dilaksanakan oleh pemimpin Pas.

Sepatutnya ia akan menjadi lebih baik dari kerajaan BN yang terdahulu, tetapi kini lain pula jadinya. Bertambah buruk? Mungkin kita gagal memahami tindakan yang telah diambil oleh Menteri Besar Kedah ini dan berkemungkinan juga penyokong-penyokong Pas sekarang bertambah keliru.

Kita tahu memang agak sukar untuk menghapuskan penjualan arak dan pusat perjudian yang telah lama bertapak tetapi sepatutnya MB Azizan perlu menekankan bahawa pentadbirannya akan cuba mengurangkan jumlahnya bukan mengekalkan. Rakyat Kedah benar-benar berharap pemimpin PAS tidak akan menambah jumlah lesen sekiranya diminta berbuat demikian oleh DAP, tetapi ini disebaliknya.

Rakyat juga tidak faham dengan tindakan MB Azizan yang hendak membenarkan penjualan daging babi secara terbuka. Apakah ini bermaksud, taukeh-taukeh babi boleh menjual daging babi bersebelahan dengan peniaga-peniaga ayam dan lembu?
Bayangkan lah jika ia benar-benar berlaku, sanggupkah kita dengan terpaksa melalui kedai-kedai menjual daging babi dahulu apabila hendak membeli ayam dan daging dipasar-pasar besar di Kedah. Sudah tentunya ia adalah sesuatu yang menjijikkan.

Jangan terkejut jika di Pasar Rabu, Alor Setar kelak akan ada kedai menjual daging babi, pusat snuker, kedai nombor ekor dan rumah urut ! Masih berbaloi kah rakyat Kedah memilih Pakatan Rakyat? Sama-samalah kita fikirkan untuk kebaikan umat Islam di Kedah.

Dan sekarang mungkin MB Azizan telah sedar apa yang dijanjikan kepada bukan Islam sebenarnya memberikan satu imej yang buruk kepada kerajaan PR Pas yang memerintah negeri Kedah. Apa yang boleh dikatakan adalah nasi sudah menjadi bubur dan bersedialah menghadapi risiko nya sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Suara politik
Taminsari

Sumber:
http://belantan.blogspot.com

Penang Bukit Mertajam: Takbir raya diharamkan di Bukit Mertajam

SEDIH BILA PEMIMPIN PAS MENDIAMKAN DIRI apabila berita ini di masjid Sungai Rambai dilarang melaungkan takbir raya melebihi pukul 12 tengah malam. Sudah menjadi tradisi apabila ketibaan Syawal pada malam hari raya kita bertakbir dan Ini hanyalah dilakukan sebanyak 2 kali dalam setahun (sekali Hari Raya dan Raya Haji).

Oleh kerana PAS telah memihak kepada DAP, depa maki pun tak apa sebab depa tu kafir yang tak tahu ISLAM. Lebih baik DAP dibenarkan bertanding di Kelantan dan menghentikan laungan Azan di sana. Inilah bahana apabila kawasan parlimen dan adunnya yang diwakili oleh DAP Chong Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berapit, Lydia Ong Kok Fooi.

Tidakah anda sedar apabila tibanya perayaan chap goh meh,mercun di bakar hingga 3-4 pagi tanpa henti.boleh pulak?

Soalnya sekarang takbir raya dilarang, suatu hari nanti boleh terjadinya seperti singapura apabila laungan azan hanya untuk ruang yang tertutup didalam bangunan masjid sahaja kononnya untuk mengelakkan pencemaran bunyi.


Oh ada cakap cakap dari puak celaka pakatan haram, tuduh ni kerja umno cuba main isu perkauman. Ada pula cakap cakap kononnya isu ini cuma rekaan sahaja. Ada cakap cakap mana mungkin perkara ini berlaku. Rakyat nak bagi tau, segalanya serba mungkin di Pulau Pinang Darul Sosialis ini.

Apa NIK AZIZ buat .... Kenapa hal-hal begini pun dia mendiamkan diri... Adakah Pemimpin PAS akan membiarkan DAP menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal ???

JAWAP NIK AJISSSS ....




25 September 2009

Pakatan Akan Gagal dalam PRU 13

Perubahan kecenderungan rakyat kembali kepada BN dijangka akan berlaku dalam episod pilihanraya kecil yang bakal berlangsung di Bagan Pinang, Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Rakyat tidak lagi boleh ditipu oleh parti-parti seperti PKR dan PAS sedang berhadapan dengan masalah serius kerana pemimpin-pemimpin DAP, yang mempunyai kuasa yang lebih berbanding parti komponen yang lain dalam Pakatan Rakyat.

Rakyat dalam keghairahan untuk melihat perubahan, mereka terlihat bagaimana Pakatan Rakyat bertindak di negeri-negeri yang sudah dikuasainya. Isu-isu seperti perobohan Kg. Buah Pala, pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam dan penutupan pusat penyembelihan khinzir di Alor Setar, Kedah yang tidak diuruskan secara hemah dan cermat.

Rakyat sudah mula cuak dan tertanya-tanya benarkah komponen Pakatan Rakyat boleh menunaikan janji-janji mereka. TERNYATA MEREKA GAGAL di Negeri KEDAH, Pulau Pinang dan di SELANGOR.

JANJI PAS PADA POKOK ...

Komen Rakyat Kedah :- JANJI PRU 12

Depa bukan janji pun kat kita. Manifesto tu depa pelekat kat pokok, depa janji kat pokok kut. Kita anggap Menteri Besar tu Menteri Besar POKOK.

Dah jenih puak siamang, terha tu dah la. Hingaq bila berpuak. Apa satu pun tak jadi. Pelaq...



ALOR SETAR BANDAR SAMPAH

Sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri KEDAH, semua janji-janji PAS kepada rakyat semakin tidak tertunai. Akhir-akhir ini, rakyat negeri KEDAH sudah mula mengeluh kerana bandaraya Alor Setar kini digelar bandaraya SAMPAH.

Apakah punca semua ini ???

Petikan dari UTUSAN :

ALOR Setar kini tidak seperti dulu. Saya yang jarang-jarang pulang dapat merasakan, ia kelihatan hambar. Bukan tujuan saya mahu membandingkan kerajaan dulu dan sekarang, tapi suasananya tidak seceria dulu. Orang Alor Setar pun berkata begitu.

Tanpa menjelaskan mengapa, mereka berkata, bandar raya itu kini hambar.

Dalam kemeriahan Aidilfitri sekarang, bandar raya itu dikunjungi oleh pelbagai golongan termasuk anak Kedah di perantauan yang menziarahi dari kawasan ke kawasan, dari taman ke taman, dari kampung ke kampung dalam daerah itu.

Sebelum ini, saya ada menerima berita-berita yang dihantar oleh wartawan Utusan Malaysia Kedah yang mengatakan bandar raya itu semakin kotor. Malah dalam satu analisis yang ditulis secara terus terang dan berani, mereka mengatakan Alor Setar kini sudah menjadi bandar raya sampah.

Pada masa itu, saya tidak dapat lagi bayangkan keadaan yang sebenar. Namun, kesempatan cuti raya hujung minggu lalu telah memberi gambaran betapa seriusnya keadaan bandar raya itu dengan sampah.

Kerajaan Pas yang bermotokan Membangun Bersama Islam itu gagal memperlihatkan ciri-ciri sebenar sebuah kerajaan Islam yang menitikberatkan kebersihan.

Sampah berlonggok merata-rata. Bau busuk sisa-sisa makanan, perut-perut ayam yang semakin mereput menusuk ke lubang hidung dan amat meloyakan. Suasana itu menyebabkan kunjungan beraya di rumah-rumah rakan taulan dan sanak saudara menjadi tidak selesa. Kita tidak selesa dan tuan rumah pun segan dengan kita.

Kita tidak pasti di mana silapnya sehinggakan pihak berkuasa tempatan gagal menangani masalah itu. Apakah mereka tidak cukup wang untuk menguruskan hal ehwal sampah ini? Apakah mereka tidak cukup orang untuk menguruskannya? Atau apa masalahnya?

Dengar kata, masalah itu berlaku kerana proses peralihan operasi angkut sampah yang akan diswastakan. Dengar kata juga pekerja kutip sampah boikot kerajaan negeri kerana mereka juga akan 'diswastakan'. Apa sekalipun, rakyat tidak mahu tahu semua itu. Apa yang mereka mahu tahu ialah sampah diangkat dan Alor Setar kembali indah seperti dulu.

Malah lebih mengharukan, ekoran masalah itu kerajaan Kedah kelmarin mengeluarkan arahan supaya sebarang aktiviti majlis rumah terbuka atau kenduri dimaklumkan terlebih dahulu kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi mengatasi masalah longgokan sampah dan sisa makanan.

Arahan itu dikeluarkan oleh Exco Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Kerja Raya dan Pertanian negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi. Beliau berkata, arahan itu bagi membolehkan MBAS menyediakan tong sampah bersesuaian.

Dan yang lucunya, tong sampah untuk majlis rumah terbuka itu bukannya percuma. Ia akan disewa pula dengan harga antara RM100 dan RM150 mengikut saiz tong sampah berkenaan.

Lebih melucukan, keputusan ''untuk idea yang bernas itu" diambil hasil mesyuarat antara kerajaan negeri dan MBAS di Alor Setar, pagi kelmarin.

Mesyuarat tergempar itu diadakan khusus ekoran aduan warga Alor Setar yang sudah tidak tertahan dengan masalah longgokan sampah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri ini yang mengganggu penduduk.

Masalah sampah ini sebenarnya bukan baru. Ia terjadi selepas kerajaan baru pimpinan Pas ini mula mengambil alih tahun lepas. Tindakan terhadap rungutan penduduk mengenai masalah itu terlalu perlahan untuk dilaksanakan.

Ini adalah pengakuan seorang penduduk di Taman Tengku Yaakob kepada saya:

''Sampah di rumah saya sudah tidak diangkat sejak sebelum raya lagi. Kami sudah gelisah dengan keadaan ini. Sampah bertimbun-timbun, bau pun busuk. Percayakah saudara, sampah-sampah di pasar Ramadan di hari terakhir juga tidak diambil dengan sempurna sehingga ke hari ini.''

Bukan di taman ini sahaja, Taman Saga lagi teruk, Taman Kastam, Taman Derga Jaya dekat Jalan Datuk Kumbar pun teruk - pendek kata seluruh bandar raya ini semuanya kotor bertimbun dengan sampah dan sisa makanan. Malah di pejabat kerajaan dan kompleks-kompleks membeli-belah pun sampah tidak terangkat sehingga berminggu-minggu.

Katanya, beliau hairan dengan keadaan yang berlaku. Semasa kerajaan dulu suasananya tidak begini teruk. Kontraktor sampah bekerja dengan pantas. Lari sana, lari sini untuk mengangkut sampah-sampah dari rumah ke rumah, kata penduduk itu lagi.

Pengakuan seorang lagi rakan saya dari Taman Derga Jaya: ''Sampah-sampah yang berlonggok sampai berulat. Saya sudah mengadu kepada majlis perbandaran, tapi sia-sia, kepada surat khabar pun sudah saya mengadu... semuanya sia-sia juga.''

Sekali lagi penduduk itu menyalahkan kerajaan sekarang. ''Kerajaan dulu tak macam ni,'' katanya.

Bukan sahaja sampah, rumput-rumput juga tidak dipotong. Nampaknya pengindahan Alor Setar tidak berlaku dengan lancar dan sempurna. Memang benar kata warganya, Alor Setar kini sudah terlalu hambar.

Kesimpulan saya ialah Alor Setar yang usianya lebih tua daripada usia demokrasi Amerika Syarikat kini sudah terlalu kotor.

Seorang penduduk Cina dari Taman Saga ada memberitahu seorang rakan, yang saya petik di sini: ''BN dulu teruk juga, tapi Pas memerintah lagi teruk.''

Rakyat MULA Kecewa

Kerajaan PR terutama PAS yag memerintah sudah mula menerima rungutan dari masyarakat Negeri Kedah terutama ISU-ISU janji PRU ke 12.

Saya ingin merakamkan salah satu komen berkaitan ISU PARKING di NEGERI KEDAH.

Komen rakyat Kedah -

"Cek nak habaq kat seluruh pembaca Internet pasal saman parking. Semasa kempen dulu dok janji macam - macam. Salah salah ialah nak lupus parking berbayar kat negeri kedah. la ni tengok apa dah jadi cek dok tengok ramai dok merungut pasal tu.

Cek pening la kerajaan PR ni nak bantu rakyat ke nak bunuh rakyat negeri Kedah. Baru baru ni cek pi makan kat sahab lepas tu cek nak pi bayar parking la (masuk duit siling kat dalam mesin) pas tu cek kalih je ada surat cinta kat depan cermin kereta cek. cek pi la ligan kawan tu cek bagitau kat dia yang cek baru sampai dan nak bayar parking, dia boleh jawab "saman keluar dah encik kena bayar juga ". tu je lah yang cek nak story kat kawan kawan harap - harap kerajaan negeri kaji balik la jangan melampaui batas tanpa rakyat anda tak akan memerintah kedah sekian terima kasih