17 October 2009

PAS cuba pulihkan Semangat

Semalam 17hb Oktober 2009, Presiden PAS terpaksa mengadakan Ijtimak Kepimpinan PAS kerana mereka seolah-olah telah hilang semangat akibat kegagalan teruk dalam PRK Dun Bagan Pinang.


Akhirnya dalam perjumpaan, presiden mereka ingin menjadi juara pada PRU 13 ... Mampukah mereka menjadi JUARA ???

Diantara Anwar Ibrahim ....... Hadi Awang & Lim Kit Siang ... Siapakah bakal menjadi JUARA ?

Di Selangor .... Hassan Ali (PAS) telah dicanang habis-habisan oleh RONNIE LIU (DAP).. JUARA RONNIE LIU (DAP)..

Di Perak ... NIZAR (PAS) menjadi budak suruhan Ngeh Koo Ham (DAP) sehingga terpaksa meluluskan pegangan tanah sehingga 999 tahun kepada kaum cina... JUARA Ngeh Koo Ham (DAP)

Di Kedah ... Azizan (PAS) telah diperbodohkan oleh satu-satunya ADUN DAP di Negeri Kedah sehinggakan beliau terpaksa tunduk kehendak ADUN tersebut agar binatang yang diharamkan oleh AGAMA ISLAM (BABI) dijadikan ISU BESAR dan mendapat kelulusan segera untuk memastikan agar BABI di bela dan disembelih di NEGERI KEDAH (Serambi Mekah Ke 2).

JUARA ialah DAP .....

PAS tidak akan menjadi JUARA sekiranya bersetongkol dengan DAP kerana DAP mempunyai ahli-ahli yang lebih professional dan lebih cerdik dari PAS .... Sehingga kini PAS terpaksa meminta dan mengadaikan Agama demi apa dan siapa ..... ?

Semuanya demi politik wang ... bukannya kerana ingin melaksanakan Hukum Hudud ... sehingga kini tidak pernah mampu dilaksanakan ...

Negeri Kedah menjadi negeri sampah sarap gara-gara tidak tahu bagaimana untuk mentadbir sebuah negeri ....

FIKIR-FIKIRKAN LAH .... APAKAH PEMUSNAH RAKYAT (PR) di perlukan lagi ... ????

JATUH DAN PASTI BANGUN UMNO KEDAH

Seorang pemimpin kanan Umno Kedah berkata dua kejadian - tsunami yang melanda Kuala Kedah dan banjir besar di Jitra - menjadi petanda awal sebelum kejatuhan Umno Kedah dalam pilihanraya umum 2008.

"Selepas itu (selepas pilihanraya umum 2008), Tun Mahathir (Mohamad) pula meninggalkan Umno, betapanya azab dan sengsara kami yang berada di celah-celah itu," kata wakil Kedah, Datuk Paduka Md Rozai Shafian.

Mantan perdana menteri keluar dari Umno pada 19 Mei 2008 dan kembali semula ke pangkuan Umno sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir merupakan pengkritik keras terhadap pentadbiran perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dianggapnya sebagai punca kekalahan BN itu.

"Gajah-gajah yang bergaduh, bukan sahaja kancil, banyak lagi yang mati di celah-celah itu.

"Bila belalang berterbangan, yang kenyang ialah burung layang-layang. Di celah-celah itu kami berada." katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno di PWTC hari ini.

Bagaimanapun, katanya, di bawah kepimpinan Datuk Shafie Apdal sebagai badan perhubungannya, Umno Kedah mampu merampas semula Kedah dari pembangkang.

Dalam pilihanraya umum lalu, BN kehilangan lima negeri ke tangan pembangang, termasuk Kedah. Yang lainnya ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, BN kembali mentadbir Perak selepas dua ADUN Pakatan Rakyat keluar parti dan menyokong BN.

Persalah parti komponen

Dengan penuh bersemangat, Rozai berkata Umno negeri akan bekerja keras untuk mengambilkan kuasa Umno dan BN di negeri itu.

Md Rozai juga menyalahkan parti-parti komponen BN yang menyebabkan gabungan parti itu kalah dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, Umno yang dipersalahkan tetapi parti komponen masih tidak membuat apa-apa perubahan.

"Pukul anak sindir menantu. Sedangkan menantu terus buat tidak tahu," katanya.

Mengulas mengenai pindaan perlembagaan Umno, beliau menyifatkan kesediaan parti itu untuk melakukan pindaan adalah satu kejutan yang besar dalam memperkasakan parti.

"Sejarah akan merekodkan, perjuangan presiden Umno dan timbalannya, yang berkorban, lebih utama daripada segala-galanya," katnaya.

Beliau berkata kesediaan Umno tidak meletakkan syarat untuk bertanding jawatan presiden dan jawatan tertinggi dalam parti, ini menujukkkan presiden mengutamakan parti daripada kepentingan diri dan jawatan.

Tambah pengalaman politik

"Walaupun dari sudut hati, kita kena letak perisai, sebab presiden Umno akan jadi pengerusi BN dan seterusnya, menjadi perdana menteri.

"Ia tidak tercalar sedikit pun, sekiranya kita mahu faham niat sucinya," katanya.

Md Rozai juga menasihati generasi muda agar bekerja bersungguh-sungguh untuk memenangkan parti itu dalam pilihanraya.

Katanya, semangat tersebut ditunjukkan dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober lalu.

Beliau berkata tidak ada jalan pintas dalam perjuangan bahkan menggalakkan mereka untuk menambahkan pengalaman dalam politik serta tidak cepat merajuk.

16 October 2009

Budaya Taliban bertunas dalam PAS

Budaya Taliban dalam PAS yang tidak berkesudahan dan makin segar menular di kalangan penyokong fanatik mereka.

Seharusnya mereka menumpukan pembaharuan dan pembangunan di negeri-negeri dalam pemerintahan mereka di mana negeri-negeri ini hampir tandus tidak ada pelaburan dan pertumbuhan.

Mereka harus menangkis segala tohmahan yang mengatakan mereka hanya pandai berceramah, pandai mengeritik, pandai maki hamun dan pandai bergocoh tetapi tidak pandai memerintah dan tidak pandai mentadbir.

Bayangkan apa jadi kalau Taliban-Taliban ini menguasai Kerajaan Persekutuan?

Petikan dari Blog Mummy Rokiah

13 October 2009

Rakyat Kedah GEMBIRA .... TERIMA KASIH BN

PENDANG - Seramai 76 keluarga yang menerima rumah daripada Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) meluahkan rasa gembira kerana mereka tidak lagi menumpang di rumah orang, menetap di rumah daif dan menyewa rumah.

Noriza Hamad, 39, kini tinggal di Kampung Lubok Rambutan Mukim Padang Pusing di rumahnya sendiri yang terlalu daif bersama seorang anak tanpa mempunyai kemudahan air dan elektrik.

Menurutnya, dia bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Keda kerana permohonan yang dimohonnya dalam masa sebulan telah diluluskan dengan cepat setelah dia mengemukakan maklumat diri dan kehidupannya yang daif itu.

“Saya hampir 18 tahun bergelar sebagai ibu tunggal dan sebelum ini tiada mana-mana pihak yang turun padang melihat kehidupan saya yang daif ini walaupun beberapa kali dia dimaklumkan akan datang melawat melainkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kesempitan hidup yang dialami saya begitu teruk menyebabkan saya tiada jalan lain melainkan membuat permohonan kepada Keda,” katanya kepada Sinar Harian.

Noriza berkata, dia menyara seorang anak dengan mengharapkan pendapatan mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan tidak menentu.

“Walaupun menetap di rumah usang tetapi melihat pelajaran anak semakin meningkat memberi semangat kepada saya untuk terus membina keluarga yang bahagia.

“Saya kasihan melihat anak terpaksa belajar di dalam keadaan gelap dengan nyalaan cahaya pelita minyak,” katanya.

Dia berkata, setelah mendapat rumah baru ini, merupakan satu perubahan baru baginya dan anaknya kerana mempunyai kemudahan air dan elektrik.

Menurutnya, rumah daif itu mempunyai banyak kebocoran dan ketika hujan dan angin kuat dia dan anak terpaksa berlari ke rumah emak yang tinggal berdekatan itu kerana bimbang rumah itu akan roboh.

“Kini kami masih menetap di rumah lama lagi sementara menunggu rumah baru yang sedang dalam pembinaan.

“Kemungkinan akan disiapkan pada bulan hadapan dan saya tidak sabar untuk merasai rumah baru yang selesa seperti orang lain,” katanya.

Kesempitan hidupnya tergambar apabila dia hanya mengharapkan air perigi untuk minum dan memasak walaupun keadaan air itu kurang menjamin kebersihan tetapi tiada jalan lain melainkan reda dengan kehidupan mereka.

“Saya memperoleh bantuan wang bulanan daripada JKM sebanyak RM80 sebulan dan pendapatan itu tidak mencukupi bagi menanggung kehidupan mereka sekeluarga.

“Saya sudah ke Pejabat JKM Pendang bagi memohon bantuan bulanan dinaikkan agar dapat meringankan beban kerana pendapatan itu tidak mencukupi bagi menyara anak saya yang masih bersekolah,” katanya.

Dia berkata, setelah menetap di rumah baru ini, merupakan satu titik permulaan baru baginya dan anak dan dia akan berusaha membina keluarga yang bahagia dan akan mendidik anak agar berjaya dalam pelajaran.

12 October 2009

SIBERANGAN PIALA MALAYSIA



Rakyat Kedah kecewa apabila melihat pasukan bolasepak Negeri KEDAH kini tidak berpeluang untuk mengecapi kejayaan seperti dulu lagi .... Semua ini adalah angkara Kerajaan PAS yang bermasalah ....

1. Bandar Alor Setar menjadi Bandar Sampah
2. Negeri Kedah menjadi Negeri PAS Saman - Asyik kena saman parking ...
3. Kejayaan Pasukan Bolasepak ... entah kemana

Apakah masalah BABI yang selalu diingatkan oleh MB Kedah sehingga perkara-perkara lain ditinggalkan ????

11 October 2009

IKHLAS atau DI BAYAR ?


Difahamkan bahawa pakcik ini pada mulanya mengikat hanya bendera UMNO dan bendera Malaysia sahaja di basikal beliau. Sikap beliau yang sayangkan bangsa Melayu dan Negara Malaysia membuatkan beliau akan mengayuh setiap hari di jalan besar Port Dickson tanpa penat lelah.

Oleh kerana dibayar RM 100, beliau setuju untuk bergambar dengan bendera PAS. Cuba lihat gambar ... bendera UMNO di ikat dan bendera PAS pula di pegang sahaja.

Rakyat kini boleh menilai mana yang betul dan mana yang salah. Rakyat DUN BAGAN PINANG telah membuktikan bahawa mereka telah memilih dengan BETUL dan TETAP. RAKYAT masih lagi sayangkan UMNO dan BARISAN NASIONAL.

Pihak PAS hanya menerima 2578 undian iaitu 23.84% sahaja.

Ini telah membuktikan bahawa Pemusnah Rakyat (PR), lebih lagi parti PAS tidak diterima oleh rakyat Malaysia.