24 October 2009

NIK AZIZ INGIN JADI PRESIDEN PAS

PKR 'parti bateri 3A'


KUALA LUMPUR 23 Okt. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) disifatkan sebagai 'parti bateri bersaiz 3A' yang kekuatannya hanya ditentukan oleh Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan Naib Presiden, Azmin Ali.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, oleh itu, PKR akan hanya mampu bertahan sehingga salah seorang daripada A (Anwar, Azizah dan Azmin) kecundang atau bersara dari arena politik.

''Awak tengoklah sendiri, Anwar yang melantik Azmin sebagai Pengerusi PKR Sabah baru-baru ini, tetapi setelah ditentang, Azizah yang perlu menggugurkan Azmin daripada jawatan itu, bukannya Anwar.

''Apa ini? Siapa Penasihat PKR, yang mana satu Presiden dan apa peranan Azmin sebagai Naib Presiden?'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas krisis kepimpinan dalam PKR Sabah apabila pelantikan Azmin ditentang oleh 18 daripada 23 ketua bahagian di negeri berkenaan.

Sebelum itu, beberapa laman web melaporkan Anwar melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk mengetuai PKR Sabah tetapi pelantikan itu ditentang oleh Azmin.

Isnin lalu pula, Anwar menafikan wujud krisis dalaman PKR Sabah manakala Zaid mengakuinya.

Dalam laporan Utusan Malaysia pada 19 Oktober lalu, bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan menggambarkan Azmin sebagai seorang yang istimewa kepada Anwar.

Abdul Latiff menambah, sesebuah parti politik sepatutnya mempunyai institusi pentadbiran yang kukuh dan teratur demi memastikan ia mengamalkan sistem demokrasi.

Namun katanya, PKR tidak mengamalkan sistem tersebut kerana perjalanannya diatur oleh tiga pemimpin itu dengan melihat terdapat pertindihan tugas di antara Wan Azizah dan Anwar.

Tegas beliau, PKR akan 'kehabisan bateri' tidak lama lagi kerana ia dibentuk demi kelangsungan politik Anwar, namun sekarang ia tidak lagi mempunyai arah tuju yang jelas.

''Zaid pula sebelum ini bertindak meninggalkan UMNO atas alasan tidak diberi peluang bersuara, namun saya tidak pula dengar suaranya berdegar-degar dari PKR kebelakangan ini," ujarnya. - Dr Latiff Ahmad


Petikan Dari Utusan Malaysia

SIAPA LEBIH HEBAT ... NIK AZIZ ATAU HADI AWANG ???

Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup melihat PAS berpecah gara-gara ingin melihat beliau masih berkuasa. Beliau sanggup menolak Presiden PAS Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Nasaruddin yang dilantik oleh ahli-ahli.

N** Ajis mencadangkan supaya mengadakan muktamar agung luar biasa PAS.


Dia terlalu bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

22 October 2009

DATO" KETUA BAHAGIAN MENGHADIRI MAJLIS BERSAMA MASYARAKAT CINA DI SEKITAR BEDONG, SUNGAI LALANG, SEMELING DAN AIR MENINDEH PADA 21HB OKTOBER 2009








Selepas seharian bersama Program Subur dan sambutan Deepavali Dato' Ketua Bahagian meneruskan program pada sebelah malam dengan melawat program anjuran-anjuran masyarakat cina yang bermula pada jam 8.00mlm sehingga 11.00malam. pelbagai acara kebudayaan dan kesenian mayarakat cina yang diadakan.

MAJLIS SAMBUTAN DEEPAVALI BAGI MASYARAKAT INI DALAM PARLIMEN MERBOK PADA 21HB. OKTOBER 2009














Majlis Sambutan perayaan Deepavali dimeriahkan dengan penyampaian sumbangan oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok merangkap Penyelaras Parlimen Merbok. Disamping kesusahan menyambut Deepavali bagi yang miskin sumbangan yang diterimi memberikan cahaya kepada mereka menyambut Deepavali.






MAJLIS TAKLIMAT PROGRAM SUBUR BAGI DUN TANJUNG DAWAI








Majlis taklimat yang diadakan di PPK Merbok bermula jam 2.30 petang pada 21Hb Oktober 2009. majlis tersebut diadakanbagi memberi penerangan berkenaan dengan Program subur.

MAJLIS CERAMAH KEPADA PEMIMPIM MASYARAKAT SUNGAI PETANI DAN PENYAMPAIAN CEK KEPADA PESERTA YANG LAYAK ANJURAN PERKESO SUNGAI PETANI








Majlis anjuran PERKESO Kuala Muda memberi penerangan betapa pentingya Perkeso kepada pekerja. Banyak faedah yang diperolehi kepada pencarum-pencarum dan keluarga Perkeso. Majlis berlangsung di Hotel Swiss Inn pada 20hb Oktober 2009. Pada Majlis tersebut pegawai PERKESO memberi penerang dan penyampaian cek kepada penerima-penerima yang layak.