15 May 2009

JANGAN GILA POLITIK KEPADA NIZAR

SAYA terbaca Sifat al-Safwah karya Ibn al-Jauzi yang meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun al-Rasyid menaiki Bukit Safa, seorang tokoh umat bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz al-‘Umari berkata kepadanya: “Lihatlah ke arah Kaabah.” Harun al-Rasyid menjawab: “Aku sedang lihat.” Kata beliau lagi: “Berapa jumlah mereka yang kau lihat?” Jawab Harun: “Siapa yang mampu membilangnya.”

Kata beliau pula: “Berapa jumlah manusia yang seperti mereka?” Jawab Harun: “Hanya Allah yang mampu menghitungnya.” Kata al-‘Umari lagi: “Ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau yang akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti.”

Maka terduduk dan menangislah Harun al-Rasyid mengenangkan masa depannya di akhirat kelak.

Jawatan kepimpinan adalah amanah dan beban. Ia menimbulkan kegerunan dalam setiap hati yang menyedari besarnya bebanan kedudukan politik pada hari Allah menghitung amalan manusia nanti.

Namun bagi yang tidak insaf, kedudukan politik dan kuasa adalah satu kegilaan buatnya. Sehingga fikiran, harga diri, bahkan agamanya pun sanggup dipertaruhkan untuk mendapatkan kerusi politik.

Ini disebabkan pandangan terhadap kuasa politik itu berbeza-beza antara seorang dengan yang lain.

Ada yang melihatnya sebagai amanah Allah dan ada pula yang melihat sebagai kesempatan untuk kemasyhuran, kedudukan dan pengumpulan harta atau pengikut.

Jika kita lihat kepada Palestin, apalah sangat yang hendak direbutkan sehingga sanggup bermati-matian antara Fatah dan Hamas.

Banyak sangatkah projek mega di Palestin itu? Selesa sangatkah jawatan-jawatan di bumi yang bergolak itu? Namun, begitulah kuasa dan politik, ia menjadi kegilaan tanpa mengira tempat dan waktu.

Sejak dahulu manusia sanggup melakukan apa sahaja; sekalipun membunuh sesama saudara hanya semata kerana kuasa. Kadangkala kegilaan kepada kuasa lebih dahsyat daripada candu atau ganja.

Seseorang sanggup memfitnah orang lain dengan berbagai-bagai fitnah kerana kuasa. Ada yang sanggup melupakan jasa orang lain, hanya kerana kuasa.

Ada yang bermasam muka, tidak bertegur sapa dan memutuskan saudara hanya kerana politik dan kuasa. Ada pula yang sanggup menjatuhkan, bahkan mengkafirkan sesama Muslim semata-mata kerana kuasa.

Politik kadangkala benar-benar meracun hidup sesetengah orang, sehingga seakan hilang ingatan dan daya tumpuan melainkan hanya politik.

Sepanjang waktu segala pemikirannya ditumpukan kepada politik. Apa sahaja tindakan, percakapan atau kebaikan orang lain dinilai dengan nilaian politik. Gila politik ini kadangkala mengenai orang bawahan melebihi orang atasan.

Ada pula yang melelongkan agama secara murahan, sehingga segala nas agama ditafsirkan serasi dengan hasrat politik, sekalipun tafsiran itu menyimpang dari roh syariat yang diturunkan Allah.

Ada pula yang menipu orang ramai tentang hasratnya yang sebenar dalam berpolitik. Entah berapa ramai yang menyebut tentang hasrat untuk berkhidmat kepada rakyat, tetapi dalam masa yang sama sebenarnya dia mengidam harta rakyat.

Apabila manusia seperti ini menguasai politik, maka medan politik bukan lagi menjadi ruang tanggungjawab melaksanakan amanah Allah untuk berkhidmat kepada rakyat dan umat, sebaliknya menjadi saluran membina kekayaan dan kekebalan diri serta kebongkakan di atas muka bumi.

Kegilaan ini dalam banyak hal tidak mengenal latar negeri, pendidikan atau parti. Hanya yang selamat, mereka yang insaf tentang tanggungjawab kuasa politik pada hari kiamat kelak.

Petunjuk

Justeru itu, petunjuk Nabi s.a.w. begitu jelas dalam hal ini. Daripada Abu Musa katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah! Seorang lagi juga berkata demikian.

Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ketika mengucapkan hadis ini, Nabi adalah pemimpin dalam politik. Dalam menentukan pemilihan calon kepimpinan, baginda memaklumkan bahawa dasar baginda adalah tidak memilih individu yang mempunyai ‘kegilaan politik’.

Ini kerana yang menggilai itu kurang atau tidak ada keinsafan terhadap amanah kepimpinan. Dasar seperti ini wajar diberikan perhatian oleh kepimpinan setiap negeri dan negara.

Dalam hadis yang lain baginda menyebut: Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya (riwayat al-Bukhari).

Orang yang gila politik ialah individu yang tipis ingatan terhadap akhirat, maka rengganglah hubungannya dengan Allah.

Oleh itu dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, baginda Nabi menasihati sahabatnya Abd. ar-Rahman bin Samurah: Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin.

Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu.

Banyak lagi nas Islam menunjukkan seorang yang gila ingin mendapatkan kuasa politik tidak layak untuk diberikan kepadanya jawatan. Hal ini mesti disedari oleh kepimpinan negara dan rakyat jelata.

Berpolitik itu bukanlah sesuatu yang buruk atau dikeji oleh syariah. Ia termasuk dalam tanggungjawab Islam juga. Ia adalah fardu kifayah. Rasulullah dan para sahabat pun berpolitik demi amanah Islam.

Apa yang dikeji ialah gila berpolitik atau tamakkan jawatan sehingga melupai dasar- dasar agama.

Maka bukan semua hasrat dan keinginan mendapatkan kerusi politik itu buruk di sisi Islam.

Jika niat seseorang menyertai politik itu untuk menyelamatkan keadaan seperti mengelakkan kezaliman, penyelewengan atau demi keselamatan umat Islam seperti keadaan sesetengah negara, maka hasrat politik seperti itu patut dipuji.

Nabi Yusuf pun pernah meminta jawatan dalam negara Mesir. Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 55-56: (maksudnya): Yusuf berkata: Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.

Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.

Jelas, Nabi Yusuf meminta jawatan, bahkan menyatakan ciri-ciri kelayakan yang dimiliki olehnya demi membolehkan dia mendapatkan jawatan tersebut.

Tindakan ini tidak dianggap salah kerana tuntutan keadaan atau keperluan semasa zamannya.

Kata al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H): “Sesungguhnya Yusuf hanya meminta kuasa setelah dia mengetahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, pembaikan dan menyampaikan hak-hak fakir miskin.

"Dia melihat yang demikian itu adalah fardu ain bagi dirinya, kerana tiada siapa lagi selain dia. Demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu ain ke atas dirinya.

"Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain.” (Tafsir al-Qurtubi, 9/21, Beirut: Dar al-Fikr).

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) juga menyebut bahawa meminta jawatan atas tujuan kemaslahatan agama bukanlah sesuatu yang dilarang oleh syarak (lihat: Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 8/68, Riyadh: Maktabah al-Abikan).

Bahkan seseorang itu mendapat pahala jika dia inginkan jawatan itu kerana sedar akan kelayakan dirinya yang mampu memberikan khidmat terbaik untuk umat dan menyelamatkan mereka dari kerosakan atau kezaliman, atau bimbang jawatan tersebut akan dikuasai oleh seseorang yang tidak layak atau zalim.

Jika kita lihat para pejuang sebelum dan selepas kemerdekaan, mereka menuntut jawatan politik, tetapi demi kepentingan umat dan rakyat bukan untuk kemewahan diri. Semoga Allah memberikan ganjaran untuk mereka.

Dari segi teorinya, demikianlah. Namun apabila kita sampai ke pelaksanaan hari ini, hampir semua akan mendakwa niat dan tujuannya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, mengelakkan kezaliman atau memastikan orang yang tidak layak tidak mendudukinya. Namun niat hakiki mereka hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Niat

Pun begitu, dalam banyak keadaan, niat sebenar seseorang akan terpapar juga akhirnya.

Sekalipun yang menggunakan nama Islam, belum tentu bebas dari gila politik. Dahulu saya telah catatkan kata-kata al- Nadwi dalam membicarakan tentang dakwah para Nabi.

Di sini saya petik sekali lagi: “Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju dan natijah yang muncul.

Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya.

“Bahaya bagi setiap jemaah (kumpulan) yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan bekerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka. “Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah.

"Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara Muslim, mengeluarkan manusia – dengan izin Allah – dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya.

"Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya.

“Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa – setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah – tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah.

"Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, khusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam reda Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.” (rujukan: al-Qaradawi, al- Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam).

Justeru itu, seperti kita berkempen bahaya dadah, bahaya rasuah, bahaya pandu laju, kita juga kena berkempen tentang bahaya gila politik. Ia telah mengorbankan ramai manusia sehingga sanggup menjadi hamba orang lain, melanggar batasan syarak, memutuskan silaturahim, bermusuhan sesama Muslim, mengkhianati agama dan negara, menyalahgunakan nama agama, pulau-memulau bahkan ke peringkat menumpah maruah dan darah hanya semata kerana kegilaan mendapatkan kerusi politik.

Jika kegilaan ini tidak dikawal ia akan menjadi politik gila yang akhirnya membawa kepada masyarakat disibukkan dengan desus-desas yang berbagai-bagai, umpat- mengumpat, tuduh-menuduh, surat dan e-mel layang bertebaran dan berbagai-bagai sensasi akan menggugat ketenteraman masyarakat. Ketika orang lain sibuk membina kekuatan ekonomi dan pendidikan mereka, umat Islam pula tidak habis-habis menyibukkan diri dengan gosip dan keresahan politik.

Dalam usaha membina modal insan yang cemerlang dan negara yang bahagia, kepimpinan negara dan rakyat hendak bergerak menghapuskan kegilaan politik yang boleh membawa kepada politik gila ini. Kembali kepada firman Allah: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. (an-Nisa’: 58).

OPEN LETTER FOR SIVAKUMAR

Hello Dai Sivakumar,

Lu ingat Lu SIAPA di Perak ... Tokong Hindu Ka .... Lu jadi haprak depan mata orang-orang melayu dan orang-orang PERAK sebab Lu gila sangat ka Jawatan SPEAKER. SUdah jadi DUN, CUKUP LA ..... LU HUTANG ORANG BERAPA BANYAK ....

BILA ADA JAWATAN DUN dan SPEAKER .... LU SENDIRI BELI BARANG MACAM ORANG KAYA .... SAMPAI HUTANG SANA HUTANG SINI.

Bila dilucut jawatan ..... GADUH SANA GADUH SINI pasai apa .. LU BUKAN NAK TOLONG ORANG PERAK ... (BAGI SAYA SENARAI ORANG PERAK YANG LU ADA TOLONG SEMASA LU JADI DUN DAN SPEAKER ????) ----

LU SELALU ENJOY DENGAN KELUARGA MACAM JUTAWAN BILA LU ADA DUA JAWATAN ... SEKARANG LU RASA LA ... MACAM MANA JADI ORANG SUSAH, HUTANG KELILING PINGGANG .....

LAIN KALI TOLONG ORANG MISKIN ATAU ORANG SUSAH DULU >>> BARULAH ENJOY MACAM SIVAJI (HERO KAYA). LU BETUL-BETUL CELAKA GUNAKAN ORANG MELAYU UNTUK DAPATKAN DUA JAWATAN.

SAYA RASA LAGI BAIK KALAU YOU JADI SAMI DI TOKONG HINDU .... SEBAB KALAU BETUL NAK TOLONG ORANG... SAMI LAGI BAGUS DARI ADUN ...

MELAYU DI PERSENDAKAN OLEH DAP dan SIVAKUMAR

Tahun 2004, Siapa kenal NIZAR ! Tahun 2008 atas tuah dan nikmat dari Allah, beliau terpilih oleh Sultan Perak menjadi Menteri Besar. Mungkin kerana terlalu berlagak dan angkuh ALLAH telah menarik balik keistimewaan beliau menjadi Menteri Besar dan sehingga kini, beliau melalui terpaksa melalui jalan-jalan yang penuh ronak dan duri untuk kembali menjadi Menteri Besar.

Sebagai seorang ISLAM, saya sarankan agar beliau bersabar dan berdoalah kepada ALLAH agar beliau kembali menjadi Menteri Besar. Bukannya menjadi patung kepada pemimpin DAP dan membuang masa di Mahkamah untuk tujuan tersebut. KEMBALILAH KE JALAN ALLAH YA WAHAI NIZAR >>>>

Segala dugaan dan cobaan adalah dari ALLAH yakinlah jika ALLAH berkehendakan NIZAR menjadi MENTERI BESAR PERAK , tiada kuasa di dunia ini dapat menghalang. Tapi nasib NIZAR buat masa ini .... tak ada peluanglah kerana NIZAR sendiri tahu kot ....

Sebelum menjadi Menteri Besar, sembahyang tak pernah tinggal,,, bila dah jadi Menteri Besar, berapa kali Sembahyang lewat dan tak ikut masa ... kenapa .... SIBUK MENJADI MENTERI BESAR.

ITU la NIZAR,, segala kebaikan adalah dari ALLAH dan segala keburukan adalah punca dari diri sendiri.

HABIS TU >>>> Lani nak kembali ke jalan ALLAH atau nak kembali ke jalan DAP .... Pandai-pandailan pilih jalan yang diredho oleh ALLAH.

MELAYU DI PERSENDAKAN OLEH DAP dan SIVAKUMAR

Tahun 2004, Siapa kenal NIZAR ! Tahun 2008 atas tuah dan nikmat dari Allah, beliau terpilih oleh Sultan Perak menjadi Menteri Besar. Mungkin kerana terlalu berlagak dan angkuh ALLAH telah menarik balik keistimewaan beliau menjadi Menteri Besar dan sehingga kini, beliau melalui terpaksa melalui jalan-jalan yang penuh ronak dan duri untuk kembali menjadi Menteri Besar.

Sebagai seorang ISLAM, saya sarankan agar beliau bersabar dan berdoalah kepada ALLAH agar beliau kembali menjadi Menteri Besar. Bukannya menjadi patung kepada pemimpin DAP dan membuang masa di Mahkamah untuk tujuan tersebut. KEMBALILAH KE JALAN ALLAH YA WAHAI NIZAR >>>>

Segala dugaan dan cobaan adalah dari ALLAH yakinlah jika ALLAH berkehendakan NIZAR menjadi MENTERI BESAR PERAK , tiada kuasa di dunia ini dapat menghalang. Tapi nasib NIZAR buat masa ini .... tak ada peluanglah kerana NIZAR sendiri tahu kot ....

Sebelum menjadi Menteri Besar, sembahyang tak pernah tinggal,,, bila dah jadi Menteri Besar, berapa kali Sembahyang lewat dan tak ikut masa ... kenapa .... SIBUK MENJADI MENTERI BESAR.

ITU la NIZAR,, segala kebaikan adalah dari ALLAH dan segala keburukan adalah punca dari diri sendiri.

HABIS TU >>>> Lani nak kembali ke jalan ALLAH atau nak kembali ke jalan DAP .... Pandai-pandailan pilih jalan yang diredho oleh ALLAH.

KECEWA DENGAN PEMIMPIN POLITIK PERAK

Telah lama saya memerhatikan gelagat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari Kedah. Sebagai Anak Jati Negeri Perak, tergerak hati saya untuk menyesalkan diri dengan apa yang sedang berlaku di Negeri Kelahiran saya.

Pemimpin Politik harus faham, siapa yang mendapat majoriti merupakan Pemerintah. Bagi saya BN mempunyai 31 adun yang menyokong berbanding 28 Pakatan .... Secara terang-terang BN sepatutnya memerintah. Jadi Pemimpin Pakatan terimalah kenyataan ini dan fikirkanlan sesuatu yang baik untuk Negeri Kedah.

Pemimpin Pakatan janganlah fikir semua rakyat Negeri Perak menyokong Pakatan .... saya rasa ramai rakyat Perak dah cemuih dengan cara DAP menyalak macam ANJING dan si SIVAKUMAR nak jadi TOKONG HINDU di DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK.

NIZAR pada mulanya macam orang BODOH yang terkena kejutan politik bila dicalonkan sebagai MENTERI BESAR NEGERI PERAK. Tapi disebabkan oleh CINA-CINA DAP yang menjadikan beliau patung MELAYU, beliau kini merupakan antara MELAYU yang PALING BODOH di MALAYSIA kerana ikut telunjuk ANAK-ANAK HARAM DAP. Haram disebabkan DAP sejak dari dulu lagi merupakan PARTI yang tak pernah menghalalkan cara MELAYU memerintah Malaysia. ...... akan bersambung

28 April 2009

Pilihan Raya Kecil Penanti 31 Mei

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh keluar writ ditetapkan pada hari ini manakala tarikh notis dikeluarkan pada Khamis ini.

"SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 17 April berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya N.12 Penanti berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin melalui suratnya bertarikh 19 Mac 2009.

"Sehubungan ini, setelah meneliti pemakluman oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang serta salinan surat peletakan jawatan oleh ADUN berkenaan yang dilampirkan bersama pemakluman tersebut maka SPR dengan ini bersetuju bahawa kerusi bahagian pilihan raya DUN N.12 Penanti adalah disahkan kosong berkuat kuasa 17 April lalu," katanya pada sidang akhbar yang dipetik Bernama di sini hari ini.

Mohammad Fairus, 33, daripada KeADILan mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 April lalu dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan.

Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.

Pada pilihan raya umum tahun lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Abdul Aziz berkata Daftar Pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun lepas yang dikemaskini sehingga 16 April lalu, yang mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, katanya 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

Beliau berkata SPR mensasarkan kira-kira 80 peratus jumlah pengundi yang akan keluar mengundi pada hari tersebut memandangkan hari mengundi adalah hari Ahad, di mana sebanyak 82.1 peratus pengundi keluar mengundi untuk kawasan itu pada pilihan raya umum lalu.

Katanya SPR akan menggunakan Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi manakala bagi urusan pengundian pos, proses pengeluaran dan pengiraan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah.

27 April 2009

PILIHANRAYA DUN PENANTI

PERLUKAH PILIHANRAYA DUN PENANTI 2009 ?