28 September 2009

CENDEKIAWAN ISLAM PERLU DAKWAH DAP, BUKAN HENTAM DAP

Pemimpin DAP tidak memahami Islam, dan tidak hairanlah mereka menghina Islam. Itulah kata-kata NIK AZIZ.

NIK AZIZ juga mendakwa dakwaan itu tidak disandarkan kepada bukti dan fakta dan seakan-akan ia adalah mainan Isu yang sedang digonjangkan oleh UMNO.

BUKTI dalam isu “DAP hina Islam” ini, dapat dilihat tentang penghinaan, iaitu melibatkan seorang Blogger yang bernama Jeff Ooi. Itupun, penghinaan yang dibuat terang-terang itu kepada Islam, dan terhadap JIM (jemaah Islah Malaysia).

Hingga akhirnya Jeff OOi terpaksa tarik balik kenyataannya bila didesak oleh PEMIMPIN ISLAM..

Bersediakah Lim Kit Siang DAP untuk menerima Perdana Menteri dari PAS dan mereka setakat menjawat Timbalan Perdana Menteri untuk kuota bumiputera dan Bukan-Bumiputera serta jawatan Menteri yang lainnya. Mungkin Karpal yang pernah berkata ‘langkah mayat saya sebelum PAS boleh memartabatkan HUDUD di Malaysia’ tidak hidup selama-lamanya untuk terus menjadi Trauma kepada PAS, namun apakah ada jaminan tidak akan wujud lebih ramai lagi Karpal Singh dalam DAP yang sememangnya sebuah parti yang di dominasi sentimen bukan bumiputera yang ingin merubah ‘Lanskap Politik ‘ Tanah Melayu menjadi seperti Singapura selama-lamanya.

Mampu kah PAS menterjemah ‘Agenda Utama’ serta ‘Intipati’ Dasar parti yang diperjuangkan selama ini tanpa perlu berlapik dengan jenama-jenama seperti ‘Kerajaan Berkebajikan’, ‘Siasah Li Ta’arafu’, atau jenama sewaktu dengannya?

No comments:

Post a Comment