30 September 2009

PAS TERPAKSA MENIPU RAKYAT

Rakyat Negeri Kedah membidas sikap penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani kerana ibarat menangguk air yang keruh, yang agak rakus menyaman kenderaan atas pelbagai kesalahan kecil sejak kebelakangan ini. MBAS juga sama.

Ramai pengguna kereta yang dikenakan kompaun kerana meletakkan kenderaan tanpa kupon atau tamat tempoh kupon.

Kerajaan PAS pernah berjanji supaya tidak akan mengenakan bayaran letak kereta dan akhirnya memungkir janji kerana tidak mampu membiayai kewangan negeri Kedah.

Seorang pengguna menyatakan bahawa beliau hanya untung RM 10 daripada penurunan cukai tanah yang diumumkan oleh kerajaan PAS tetapi rugi sebanyak RM 50 setahun selepas 5 kali di kenakan saman letak kereta.

Penguatkuasa sepatutnya menggunakan budi bicara mereka sebelum mengeluarkan kompaun dan Kerajaan PAS KEDAH perlu menunaikan janji Pilihanraya dan menyokong slogan "NIKMAT UNTUK SEMUA". Lani bukan lagi nikmat ... Lebih baik BN memerintah .. rakyat tak teruk macam ni .... KERAJAAN PAS lani dah kering sangat ker modal dalam bank ....

HAIRAN PULA BILA HAMPIR 50 BILL BOARD dengan muka MB terpampang merata-rata di Negeri Kedah dengan slogan "Nikmat Untuk Semua". Dijangkakan Kerajaan PAS Kedah membelanjakan RM 1 JUTA untuk BILL BOARD ...

Seorang lagi pengguna di Alor Setar terpaksa menunggu Yang DiPertua sehingga pukul 7.00 malam untuk membuka kunci pada tayar beliau kerana meletak di tempat yang salah. Bagaimana pula jika YDP pergi ke luar negara ? Terpaksalah pemandu itu meninggalkan kereta di situ sehingga YDP balik. Adakah ini mencerminkan budaya NIKMAT UNTUK SEMUA bila diperintah oleh Kerajaan PAS ?

TUNAIKAN JANJI KEPADA RAKYAT -- PESANAN KEPADA KERAJAAN PAS KEDAH

No comments:

Post a Comment