04 September 2009

Biar Mahkamah Tentukan Kedudukan ADUN KOTA SiPUTEH


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah mahu pihak ketiga yang menentukan kebenaran berhubung kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, berikutan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tiada kekosongan kerusi di situ.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tindakan undang-undang akan tetap diteruskan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN itu, kerana penyandangnya didapati melanggar peraturan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

“Biar pihak ketiga yang tentukan mana yang benar dan sebaliknya. Saya sudah pun memaklumkan kepada Speaker DUN untuk mendapatkan khidmat firma guaman untuk mengkaji isu ini, memandangkan Speaker tidak tertakluk sebagai penjawat awam,” katanya kepada media, selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, semalam.

Azizan berkata, pihaknya turut mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-Undang mengenai tindakan yang wajar dan boleh diambil berhubung isu berkenaan.

“Sebenarnya saya tidak mahu mengecewakan mana-mana pihak, malah saya tidak kisah pun sekiranya pilihan raya ada atau tidak. Yang penting kita ikut undang-undang dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak mahkamah untuk memutuskan siapa yang benar,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri boleh menggunakan kuasa Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah untuk mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh sebelum ini, tetapi menyerahkan kepada SPR untuk membuat keputusan kerana tidak mahu menimbulkan isu yang boleh menjejaskan pentadbiran negeri.

“Sebab itulah kita minta pandangan SPR sebelum buat keputusan, tetapi SPR mengatakan mereka pula yang boleh menentukan sama ada kerusi itu kosong atau sebaliknya berdasarkan sebab teknikal. Dan saya sendiri tidak faham apa yang dimaksudkan oleh mereka mengenai tafsiran teknikal itu,” katanya.

Dalam pada itu, Azizan berkata, Abu Hassan Sarif boleh hadir Sidang DUN akan datang memandangkan masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh dan tidak hilang kelayakan sehingga keputusan mahkamah memutuskan kerusi berkenaan kosong.


Nasihat :- Inilah kerja orang-orang yang gila POLITIK dan orang yang tidak hormati keputusan orang lain. Bila Musyidul Am kata penyokong UMNO tidak akan masuk syurga ... semua PEMIMPIN PAS terima bulat-bulat kenyataan dia. Walaupun dari segi hukum hakamnya ia adalah salah kerana kuasa menentukan SIAPA masuk SYURGA atau NERAKA terletak pada Allah.

Bila SPR umumkan bahawa tiada Piliharaya Kecil di DUN KOTA SIPUTEH ... Menteri Besar Kedah orang yang pertama rasa kecewa kerana telah mengarahkan ketua penyelaras memulakan kempen beri bantuan kepada orang susah di Kawasan Kota SiPuteh.

Mana bantuan kepada orang-orang miskin kawasan lain di negeri KEDAH ??? Kenapa pilih kawasan Kota Si Puteh sahaja ??? ADA UDANG DISEBALIK BATU ...

Rakyat KEDAH banyak lagi yang miskin dan susah ... Kalau benar Kerajaan PAS negeri KEDAH bermegah dengan kejayaan pelaburan RM 37 Billion di Yan .... berikanlah RM 500 kepada semua keluarga miskin di Negeri KEDAH dan berikanlah BONUS sebulan gaji kepada semua kakitangan awam di Negeri KEDAH .... JANGAN asyik bermegah dan menyatakan bahawa Kerajaan KEDAH lani lebih baik dari Kerajaan BN dahulu.

Pada pendapat saya KERAJAAN PAS kini lebih mundur dan tidak aktif dari segi ekonomi. Pelaburan di Negeri Kedah semuanya untuk mengaburi mata masyarakat desa ...

1 comment:

Anonymous said...

Kerajaan PAS sudah pun memerintah Kerajaan Negeri KEDAH kenapa ..... Selalu kedengaran bahawa Kerajaan KEDAH tak ada DUIT .... Tetapi bila Pilihanraya Kecil ... DUIT MAI dari mana ???

Post a Comment