05 September 2009

Kerajaan Kedah tidak tiru model Kelantan

Tanggapan bahawa pentadbiran negeri Kedah mengambil contoh model pentadbiran negeri Kelantan adalah tidak benar.

Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menafikan tanggapan itu kerana Kedah ada caranya yang tersendiri dalam mentadbir kerajaan berdasarkan beberapa faktor seperti budaya, majoriti kaum, sosial ekonomi, geografi dan amalan rakyat.
“Kita tidak menjadikan Kelantan atau mana-mana negeri dalam Malaysia sebagai model pentadbiran kerana terdapat beberapa faktor penting yang tidak sama,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pedu YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke 12, di sini hari ini.
Dalam pertanyaannya YB Dato’ Seri Mahdzir ingin tahu sama ada kerajaan pimpinan PAS menjadikan Kelantan sebagai model dalam mentadbir kerajaan negeri. Menteri Besar dengan tegas menjawab, “Tidak.”Apabila Mahdzir mengajukan soalan tambahan barulah Dato’ Seri Ustaz Azizan memberi penjelasan. Menurutnya, sebelum merdeka Tanah Melayu dibahagikan kepada tiga bahagian yang dikenali sebagai Negeri Selat iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.
Manakala Kedah berada di dalam Negeri-Negeri Tidak Bersekutu bersama Johor, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Negeri-Negeri Bersekutu pula mengandungi negeri Pahang, Perak dan Selangor.
Pentadbiran negeri Kedah berjalan dengan stailnya yang tersendiri dalam fokus yang terbaik untuk rakyat dengan meneruskan dan melaksanakan perancangan yang telah dibuat oleh pemerintah dahulu.
Petikan dari Warta Kedah
PEMIMPIN PAS semasa PRU 12 dok kata Kedah akan ikut Model Serambi Mekah Kelantan jika PAS memerintah!
DULU PAS JUGAK CAKAP NAK JADIKAN KEDAH SERAMBI MEKAH KEDUA DI MALAYSIA !!!
Apa sudah jadi ...... Tula masa belum memerintah semua boleh .. bila dah memerintah macam-macam alasan .... Ni baru memerintah tak sampai 2 tahun dah macam-macam alasan.

No comments:

Post a Comment