06 September 2009

10,000 atau 30,000 kerja kosong

Projek SULIHH di Yan, Kedah yang bernilai 60 Billion dijangka bermula pada suku ketiga 2009. Lani dah bulan September ... Bila nak mula ???
Saya tertarik mengenai angka kerja kosong .... Menteri besar dalam interview dengan berita harian, beliau berkata, projek itu juga dijangka mampu mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan, termasuk untuk penduduk tempatan.
Dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Kedua Belas ADUN Tanjung Dawai YB. Dr. Haji Hamdan Mohamed Khalib menjawap soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, YB. Dato’ Hj. Ahmad Zaini Japar mengenai program Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah pengangguran dan penyediaan peluang pekerjaan kepada belia di negeri ini menyatakan bahawa Projek SULIHH memerlukan seramai 10,000 tenaga kerja sahaja.
MANA YANG BETUL .... USTAZ AZIZAN telah pandai menipu rakyat sejak memerintah Negeri Kedah . Apakah beliau ingin semua rakyat Negeri Kedah berangan atau ingin MENIPU rakyat supaya beliau akan terus memerintah Negeri KEDAH.
Kalau USTAZ dah mula menipu ... apakah hukum USTAZ yang MENIPU rakyat ????

No comments:

Post a Comment