07 September 2009

FASTIVAL KEDAH SEJAHTERA

Penganjuran Festival Kedah Sejahtera menjadi bualan tidak mungkin dilupakan oleh rakayat Kedah khasnya dan rakyat Malaysia terutama yang tinggal di utara amnya. Penganjuran program sehebat ini oleh sebuah syarikat berkaitan Kerajaan negeri yang pengurusannya ‘muda’ didalam bidang ini sebenarnya boleh dijadikan kayu ukur untuk program-program seterusnya. Festival Kedah Sejahtera setaraf dengan Karnival Sua Rasa, Jom Heboh ataupun Islam Hadhari, malah ada juga pendapat meletakkan setaraf pengajuran MIHAS.
ICT adalah satu deminsi baru yang perlu diteroka dan digunapakai sepenuhnya setiap masa, Di negeri Kedah sendiri terdapat potensi yang besar bidang ICT ini. Kemudahan ICT sepatutnya diambil peluang oleh penganjur untuk turut sama mempromosikan ICT dengan menyediakan kemudakan Internet tanpa wayar atau Wi-Fi percuma. Mengambil contoh program gotong royong anjuran MPSP(K) di Taman Keladi, Sungai Petani, yang dihadiri oleh YAB Menteri Besar terdapat kemudahan Wi-Fi sementara yang disediakan percuma.
Malangnya Festival Kedah Sejahtera gagal sepenuhnya menyediakan kemudahan ini. Cadangan dan pandangan serta prosedur disuarakan berdasarkan pengalaman, namun tahap Rabun IT penganjur amat ketara apabila alasan yang diberikan sudah terdapat syarikat telefon mudahalih yang menyediakan kemudahan jalurlebar tersebut. Hakikatnya kemudahan yang disediakan perlu dibayar dan didaftarkan serta memiliki alatan yang dijual. Itu bukan percuma.Sikap Rabun IT ini juga dapat dilihat daripada penyertaan syarikat yang tiada satupun diantaranya syarikat berasaskan ICT.
Penglibatan ini seolah-olah mengambarkan kerajaan Negeri Kedah tidak membuka ruang untuk ICT berkembang di negeri ini. Namun syabas kepada petugas Festival yang menggunakan sedikit ruang komunikasi cara mudah iaitu dengan walkie-talkie yang menjadikan kerja lebih pantas, malah terdapat petugas yang bertugas menggunakan dua unit walkie talkie, tentu kerjanya lebih pantas dua kali ganda dari petugas yang lain.
Petikan dari Warta Kedah
Dulu PAS mengutuk Kerajaan BN kerana anjurkan pesta seperti JOM HEBOH tetapi kini Kerajaan Negeri Kedah hendak membuat perangai yang dibenci PAS. Apakah PAS KEDAH sudah lupa matlamat Rakyat di Dahulukan dan Pencapaian Di Utamakan.

No comments:

Post a Comment