07 September 2009

Karpal & Mat Sabu Tahu Anwar Ibrahim Meliwat.

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh rakan blogger RBF tentang kenyataan Karpal Singh di dalam parlimen pada tahun 1997 yang mendakwa bahawa Anwar Ibrahim terlibat di dalam aktiviti songsang iaitu meliwat.RBF telah mengemukakan hansard ucapan Karpal Singh yang tercatit jelas di dalam dokumen itu.

Tambah RBF lagi, selepas Karpal Singh, orang kedua yang membuat tuduhan secara terbuka yang Anwar seorang peliwat adalah Ahli Parlimen Kubang Kerian pada masa itu,iaitu Hj Mohd Sabu. Secara terang-terangan dalam satu ceramah di Kubang Kerian pada bulan Ogos 1998, Mohd Sabu menggelarkan Anwar dengan gelaran 'Anwar Ibrahim Al-Juburi.'Penulis melihat isu keterangan Karpal Singh dan kutukan yang dibuat oleh pemimpin PAS pada Anwar Ibrahim tatkala itu adalah kerana Anwar Ibrahim adalah musuh politik mereka.


Tetapi hari ini, mereka dapat menutup mulut mereka dan membiarkan sahaja Anwar Ibrahim meneruskan impian politik beliau kerana Anwar Ibrahim adalah aset kepada mereka. Tetapi penulis pasti, mereka tidak akan berdiam diri dan pasti akan menggunakan fakta-fakta yang telah mereka simpan selama ini untuk mengertak dan mengugut Anwar Ibrahim jika beliau berjaya di dalam perjuangan politik beliau.


Karpal Singh dan Mohd Sabu tahu apa yang mereka perkatakan itu tetapi dek kerakusan mereka mengejar kuasa politik, mereka sanggup melupakan segalanya. Karpal Singh terlupa saranan beliau agar Anwar Ibrahim bertaubat dan Mohd Sabu melupakan ayat 'Anwar Ibrahim Al-Juburi' yang beliau sendiri pelopori ketika mengutuk Anwar Ibrahim!




Apakah kita masih tidak sedar dan tidak nampak?

No comments:

Post a Comment