10 September 2009

SYUKUR ALHAMDULILLAH...Penjawat awam kumpulan sokongan dapat duit Raya

Bantuan Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Kumpulan Sokongan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan berita gembira untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan iaitu pemberian bantuan khas kewangan RM500 bagi kumpulan itu.

Bayaran khas kewangan itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.

Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini.

KERAJAAN KEDAH BAGI APA UNTUK MERINGANKAN BEBAN WARGA KERJA KERAJAAN NEGERI KEDAH ???? HABUK PUN TAK ADA... KENAPA ??? MENTERI BESAR KEDAH TIDAK PRIHATIN MASALAH RAKYAT ...

No comments:

Post a Comment