07 September 2009

PAS minta Umno bukti ADUN keluar Pakatan

Pemuda PAS Kedah meminta ketua Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir membuktikan dakwaannya bahawa beberapa orang lagi ADUN Pakatan Rakyat akan keluar daripada gabungan itu.

Ketuanya Ahmad Yahya berkata Abdul Aziz mencetuskan kekeliruan dan keraguan di kalangan rakyat Kedah dengan dakwaannya itu.

"Kenyataan beliau menyebabkan kita terfikir bahawa ADUN yang didakwa akan meninggalkan parti sama ada dirasuah atau dipaksa atau dibeli oleh BN," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap kenyataan Abdul Aziz itu di Alor Star hari ini.

Kenyataan Abdul Aziz dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu Ahad lepas menyebut beberapa orang lagi ADUN akan mengikuti jejak langkah ADUN Lunas, Muhammad Radzhi Salleh untuk keluar parti dan menjadi ADUN bebas.

"Kenyataan Abdul Aziz menunjukkan beliau tidak menghormati pilihan rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

"Saya harap polis akan menyiasat kenyataan beliau (Abdul Aziz)," kata Ahmad. BERNAMA

Nasihat saya :- SABAR , TUNGGU dan LIHAT ..... CONFIRM ada yang nak keluar .... SAmpai sekarang dah 3 orang .... tak lama lagi akan jadi 6 orang .....

No comments:

Post a Comment