20 May 2009

Dr Zamry VS Nizar di Mahkamah Rayuan Putrajaya

Tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan Zambry dan Nizar ialah Datuk Raus Md Shariff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Pukul 8.20 pagi - Keadaan ketika ini masih tenang dan penyokong kedua-dua belah pihak masih belum kelihatan.

Pukul 8.30 pagi - Ketika ini anggota polis masih belum kelihatan di sekitar kawasan Istana Kehakiman

Pukul 8.35 pagi - Perbicaraan masih belum bermula. Saya difahamkan peguam kedua-dua pihak akan mengemukakan hujah masing-masing pagi ini.

Pukul 8.45 pagi - Ketika ini, kira-kira lebih 20 wartawan tempatan berkumpul di lobi Istana Kehakiman. Manakala, di luar perkarangan bangunan ini masih lengang.

Pukul 8.59 pagi - Wakil Datuk Seri Mohammad Nizar bersama peguamnya sudah memasuki Mahkamah Rayuan bilik bicara 3.

Pukul 9.07 pagi - Datuk Seri Nizar bersama isteri memasuki Mahkamah Rayuan bilik bicara 3.

Pukul 9.55 pagi - Peguam Negara memasuki bilik bicara 3 Mahkamah Rayuan.

Pukul 9.22 pagi - Kira-kira 20 penyokong Nizar hadir mengikuti perbicaraan. Keadaan terkawal ketika ini.

Pukul 9.24 pagi - Peguam Zambry memasuki Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan

Pukul 9.32 pagi - Perbicaraan Nizar lwn Zambry sudah bermula

Pukul 9.38 pagi - Pihak polis mengarahkan petugas media untuk meninggalkan perkarangan Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan dan sebaliknya kami dibenarkan berkumpul di kawasan lobi

Pukul 10.05 pagi - Peguam Zambry sedang kemukakan hujah mereka

Pukul 10.12 pagi - Kelihatan Dr Hatta bersama penyokong Nizar menunggu di luar Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan

Pukul 10.16 pagi - Kedatangan penyokong Nizar semakin bertambah. Mereka berkumpul di lobi

Pukul 10.33 pagi - Peguam BN masih berhujah

Pukul 10.36 pagi - Hakim pertikaikan 'submission' peguam BN, Cecil Abraham yang banyak merujuk Artikel 16 dan 36

Pukul 10.44 pagi - Dr Hatta bersama beberapa penyokong Pakatan Rakyat di luar Bilik Bicara.

Pukul 10.57 pagi - Kelihatan peguam Nizar, Sulaiman Abdullah keluar dari Bilik Bicara 3

Pukul 11.17 pagi - Peguam Zambry, Cecil, berhujah alasan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa Sultan Perak tidak mempunyai kuasa meminta Nizar kosongkan jawatan Menteri Besar adalah satu taksiran salah.

Ketika ini ada dua kes dibicarakan di Mahkamah Rayuan. Difahamkan, ketika ini hakim hanya mendengar kes semakan Zambry mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi KL. Kes rayuan Nizar bagi mengenepikan rayuan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu masih belum didengar hakim Mahkamah Rayuan

Pukul 11.50 pagi - Mahkamah ketika ini berehat selama 15 minit

Pukul 11.58 pagi - Nizar dan isteri menuju ke kafeteria Istana Kehakiman untuk menjamu selera ketika mahkamah ditangguhkan.

Pukul 12.00 tgh - Selepas rehat, Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail akan kemukakan hujah.

Pukul 12.09 tgh - Nizar dan isteri keluar dari bilik bicara 3 untuk berehat 15 minit.

Pukul 12.25 tgh - Mahkamah sambung semula dengar rayuan Zambry dan Peguam Negara mulakan hujah sebagai pencelah.

Pukul 1.39 tgh - Kelihatan Nizar, dan isteri sedang berjalan memasuki Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan walaupun perbicaraan dijangka bersambung jam 2 petang.

Perbicaraan bermula jam 2 petang.

Pukul 2.16 ptg - Mahkamah Rayuan menyambung perbicaraan, Peguam Nizar, Sulaiman, memulakan hujah.

Pukul 2.20 ptg - Sulaiman berhujah bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk memecat Menteri Besar.

Pukul 2.26 ptg - Sulaiman berhujah soal berapa bilangan kerusi DUN Perak yang dipegang BN tidak relevan dan apa yang penting adalah peruntukan yang dinyatakan Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Perak.



Pukul 2.57 ptg - Pemimpin PKR, Zuraida kelihatan memasuki Lobi Istana Kehakiman. Jumlah penyokong di luar kelihatan bertambah.

Pukul 3.38 ptg - Sulaiman masih membaca autoriti bagi kuatkan hujah untuk sangkal hujah Cecil dan Peguam Negara

Pukul 4.03 ptg - Sulaiman berhujah Nizar menghadap Sultan Perak untuk memohon pembubaran DUN mengikut peruntukan Perkara 36 (c) Undang-Undang Tubuh Perak, bukan mengikut Perkara 16 (6) seperti yang dihujahkan Cecil.

Pukul 4.23 ptg - Sulaiman selesai berhujah dan mohon Mahkamah Rayuan menolak rayuan Zambry.

Pukul 4.26 ptg - Keadaan di luar menunjukkan penyokong kedua-dua pihak kelihatan sedang bergerak ke arah Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan.

Pukul 4.33 ptg - Ya, wartawan dan krew TV masih menunggu di luar Bilik Bicara 3 untuk mendapatkan komen sebaik sahaja pihak yang terbabit keluar dari bilik perbicaraan Mahkamah Rayuan ini.

Pukul 4.38 ptg - Peguam Zambry, Cecil sedang membuat hujah balas.

Pukul 4.58 ptg - Beberapa orang awam sudah mula keluar dari bilik perbicaraan. Mahkamah Rayuan akan buat keputusan rayuan Zambry untuk ketepi keputusan Mahkamah Tinggi KL isytihar Nizar MB Perak yang sah pada 3.30 petang esok.


Pukul 5.18 ptg - Nizar dan isteri serta penyokong keluar dari Kompleks Kehakiman Putrajaya selepas Mahkamah Rayuan tangguhkan keputusan.


- Petikan dari Siaran Langsung Internet Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment