18 May 2009

PAS KECEWA KERANA POLITIK WANG


Ketua Dewan Ulamaknya, Datuk Mohamad Daud Iraqi mendedahkan bahawa parti terbabit terlibat dengan politik wang menjelang pemilihannya Jun ini.

Dalam hal ini, dikatakan bahawa Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Muhamad Awang juga turut menyokong kenyataan Muhamad Daud Iraqi yang menggambarkan bahawa politik wang benar-benar berlaku dalam Pas ekoran daripada kerakusan sebilangan pemimpinnya.

Walaupun begitu, kenyataan Muhamad Daud Iraqi dibidas kerana kononnya ia tidak benar sedangkan sebenarnya ia adalah terdiri dari golongan yang mementingkan dan menganggap jawatan dalam parti lebih besar dan lebih lebih penting dari idealogi yang digunapakai.

Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub bukan sahaja marah malahan bekas Ketua Dewan Ulamak Pas dan kini Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib juga turut tidak berpuas hati dengan pendedahan tersebut.

Salahuddin Ayub dan Harun Taib menolak kenyataan Muhamad Daud Iraqi dengan kononnya tidak ada politik wang dalam Pas.

Sememangnya ada pihak dalam Pas yang cuba untuk menutup aib yang ada, tapi manakan boleh bangkai gajah untuk disembunyikan kerana busuknya sudah menular dan nanahnya sudah membusung hingga tidak dapat ditutup lagi.



Apatah lagi, Mursyidul Amnya sendiri seakan memberi perkenan apabila menyuruh ahlinya yang disogokkan dengan politik wang, sama ada pemberian berbentuk duit atau hadiah agar menerima sahaja apa yang diberikan tetapi tidak mengundi mereka.

Lantas, apa bezanya… membenarkan gejala politik wang ini bermaharaja lela sedangkan idealogi yang dipegangnya, kononnya berlandaskan kepada Islam….

Persoalannya, adakah Islam sedemikian yang disokong dan didukung untuk membangunkan generasi akan datang?


Sudahlah begitu, kepimpinan Pas kini sememangnya kelam kabut kerana mereka yang bertanding dalam Muktamar Jun ini berada dalam keadaan tersepit antara pura-pura kepada Islam dan kehendak pada jawatan penting dalam parti sekalipun terpaksa bermain politik wang.

Ternyata, PAS menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar; sanggup berselindung disebalik Al-Quran, Hadis dan qias serta berpakaian ala Islam dengan menggunakan serban, berkupiah dan berjubah tetapi di hati mereka, lain dari apa yang dibuat.

No comments:

Post a Comment