18 May 2009

Pembangkang MENARI SENDIRI di DUN PENANTI

Pilihanraya Umum & Pilihanraya Kecil sebenarnya adalah untuk memenuhi tuntutan demokrasi bagi memilih wakil kepada rakyat. Untuk pengetahuan umum.. semuanya telah terlaksana pada 8hb Mac 2008 (PRU12).

Semua wakil rakyat telah berjanji untuk berkhidmat kepada rakyat semasa waktu kempen mereka. Tetapi setelah diumumkan "MENANG", sorang demi sorang wakil rakyat pembangkang meletak jawatan apabila proses demokrasi disalahgunakan. Mereka (Wakil Rakyat Pembangkang) meletak jawatan atas sebab yang tidak munasabah, seperti sebab peribadi & menjadikan perletakan jawatan sebagai permainan politik.

Pilihanraya kecil sepatutnya hanya perlu dibuat atas sebab kematian atau sebab-sebab yang lebih berat bukannya untuk membina imej peribadi atau sengaja memasang jerat.

Tindakan BN adalah bijak dengan tidak mengikut gendang paluan pembangkan yang suka membazirkan wang rakyat.

Wakil Rakyat Pembangkang suka menipu rakyat bila mempermainkan mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Wakil Rakyat Pembangkang perlu memikirkan agenda-agenda yang lebih penting seperti masalah Ekonomi yang melanda dunia serta masalah isu penyebaran influenza AIHNI.

BN harus diberi pujian kerana menumpukan agenda-agenda yang lebih penting seperti membina SATU MALAYSIA, mendahulukan rakyat & mengutamakan pencapaian.

Kepada Pembangkang ... Saya percaya Barisan Nasional tidak pernah gentar atau TAKUT menghadapi Pilihanraya tetapi siri perletakan jawatan dari DUN SELAMBAU, DUN PENANTI dan PERMATANG PAUH merupakan perletakan jawatan yang tidak munasabah dan seharusnya permainan begini perlu dihentikan demi rakyat Malaysia yang dahagakan kemajuan.

Kepada Masyarakat Malaysia, kita semua ada keluarga dan perlu menjaga makan dan minum mereka... Kalau kita terikut rentak pembangkang yang asyik berpolitik ..... apa akan jadi pada keluarga kita ... DEPA tak apa .... tak kerja pun dapat duit kerana kerja depa fikirkan DIRI SENDIRI AJER .....

No comments:

Post a Comment