31 March 2009

Gerakan kempen bersemuka dengan rakyat

Parti Gerakan menggunakan pendekatan bersemuka dengan rakyat dalam kempen pilihan raya kecil kawasan Bukit Selambau.
Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, parti itu akan menganjurkan majlis-majlis kecil secara “berkeluarga” untuk bersemuka dan memberi penjelasan serta menjawab sebarang soalan dari rakyat.
“Kita akan kempen di peringkat akar umbi dan menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka harus memilih calon BN (Barisan Nasional) setelah kawasan mereka terabai selama setahun oleh wakil rakyat PKR (Parti Keadilan Rakyat) sebelum ini,” kata beliau kepada pemberita selepas bertemu para pengundi di gerai penjaja Taman Ria Jaya di sini.
Turut bersama Koh ialah calon BN Datuk S.Ganesan.
Katanya, tinjauan awal ke kawasan Bukit Selambau itu mendapati kebanyakan pengundi mula menerima BN semula kerana mereka sedar telah diperdaya oleh PKR.

No comments:

Post a Comment