01 April 2009

Kuota Bumiputera Rugikan Semua. Apakah tujuan PAS sebenarnya?

Saya ingin menyuarakan kekecewaan terhadap pemerintahan PAS di Kedah kerana beranggapan bahawa kami orang-orang Melayu tidak tahu mengira dan mencongak untung rugi pelaburan.

Ataupun, Kerajaan Pas di Kedah yang tidak tahu menilainya lantas membuat satu keputusan yang bodoh dan tidak peka lantas merugikan orang orang Melayu sendiri.

Penetapan 50% kuota bumiputera pada rumah-rumah yang dibina atas tanah pegangan bebas akan menyekat pindahmilik hanya pada bumiputera adalah sesuatu penganiayaan kepada pembeli-pembeli yang berhasrat menjadikan pembelian tersebut sebagai pelaburan untuk masa hadapan.

Malangnya sekatan jualan akan menyebabkan harga rumah yang dibeli oleh orang Melayu tidak berharga dan susah dijual seterusnya pembeli yang ingin melihat keuntungan terhadap pelaburan dari pembelian rumah tersebut akan kecewa selama-lamanya.

Jika begitu, lebih baik menyewa dari membeli rumah seterusnya hasrat BN untuk melihat peningkatan pemilikan rumah oleh orang Melayu akhirnya tidak kesampaian.

Musnahlah segala usaha kerajaan BN seperti insentif dan pinjaman perumahan kepada kakitangan awam, skim pembayaran rumah dan pengeluaran KWSP semata-mata ingin melihat orang Melayu tidak ketinggalan dalam pemilikan hartanah.

Tindakan ini bukan sahaja merugikan orang Melayu malah melembabkan industri perumahan yang semakin malap di Negeri Kedah.

Industri perumahan yang malap akan memberi kesan buruk kepada kontraktor dan pemborong binaan seterusnya kehilangan pekerjaan kepada pekerja-pekerja di sektor ini.

Lebih buruk, Kedah akan kehilangan pendapatan dan hasil kepada negeri dan pelabur tidak berminat untuk melabur di Negeri Kedah.

Apabila PAS telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negeri wajarlah ianya dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas bukan hanya mahu popular dan dilihat oleh rakyat kononnya sebagai pembela tetapi hanya pada nama dan apa yang tersirat rupanya perit dan menyiksa.


Abdul Hamid Selimin

No comments:

Post a Comment