01 April 2009

SABOTAJ DALAMAN PKR - JENTERA SEMAKIN HILANG ARAH TUJU

Ditengah-tengah kerancakan kempen pilihanraya kecil Bukti Selambau pelbagai isu terus hangat diperkatakan. Dari isu tempatan hinggalah ke isu yang dianggap bertaraf nasional.
Namun disebalik semua isu yang berlegar di kalangan pengundi Bukit Selambau, tidak ramai yang tahu, PKR kini berdepan dengan isu dalaman yang semakin hari nampaknya semakin parah.
Percaya atau tidak PKR berdepan dengan masalah dalaman sejak dari awal-awal lagi.
Ia bermula sejak dari proses memilih calon. Seramai 20 orang calon disenarai pendekan oleh Anwar Ibrahim. ia termasuklah beberapa anggota bahagian Merbok yang selama ini bersusah payah menabur bakti kepada rakyat di Bukti Selambau.
Apa yang peliknya, tiba-tiba saja nama Manikumar di pilih sebagai calon.
Terkejut beruk masyarakat India di Bukit Selambau. Apa tidaknya, Mamat bernama Manikumar ini walaupun berniaga di Sungai lalang dalam kawasan Bukit Selambau, beliau tidak pernah memberi sebutir pasirpun khidmat pada orang Bukit Selambau.
Maka bermulanya cerita protes dari kalangan ahli PKR Merbok yang tidak berpuashati dengan permilihanya sekaligus menyaksikan beberapa bilik gerakan dan terbaru bilik gerakan PKR Jerai ditutup.
Episod tidak puas hati tidak berakhir di situ saja. selepas tiga hari berkempen jentera PKR kelihatan semakin lesu. sebahagian besar pekerja yang ditugaskan memasang bendera dan poster dilihat seolah-olah tidak bermaya.
Menurut salah seorang anggota PKR , semua itu berpunca dari tindak tanduk pemimpin atasan yang asyik memberi arahan tapi tidak turun padang.
Apa yang lebih perit katanya, sebahagian besar petugas tidak diberi sebarang eluan makan dan sebagainya.
Jawapan kepada persoalan itu sebahagian besar lari meninggalkan bilik gerakan yang kian sunyi baik di waktu siang mahupun malam.

No comments:

Post a Comment