30 March 2009

HATI-HATI DENGAN TAKTIK LICIK PEMBOHONGAN ANWAR YANG TIDAK PERNAH ADA NOKTAH

CONTOH PENIPUAN PALING NYATA OLEH ANWAR YANG KONONYA AKAN MENUBUHKAN KERAJAAN MENJELANG 16 SEPTERMBER TAHUN LALU. TETAPI HAKIKATNYA HABUK[PUN TARAK. APAKAH RAKYAT BUKIT SELAMBAU RELA DITIPU OLEH ANWAR YANG BEGITU JELAS MEMPUNYAI KEPENTINGAN .FIKIRKANLAH...

Anwar adalah penipu paling hebat di abad ini...itulah kata-kata yang tersembur daripada sebahagian besar masyarakat India yang juga pengundi di DUN Bukit Selambau.
Semuanya kata mereka bermula dari episod pemilihan calon PKR.
Jurucakap PKR Kedah memaklumkan, seramai 20 orang calon yang mempunyai kelayakan dan kreteria termasuk beberapa orang ahli jawatankuasa bahagian PKR Merbok untuk disaring (temuduga). Pilih punya pilih, akhirnya Anwar buat keputusan mencalonkan Manikumar, seorang jurujual kereta.
Justeru masyarakat India di Bukit Selambau merasa tertekan dan bertindak menutup bilik gerakan. Paling baru, PKR Jerai umum bubar parti itu sekaligus menyaksikan 500 anggotanya yang diketuai B. Kalaivanar keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap Anwar.
Meskipun beberapa pemimpin PKR pusat mempertahankan keputusan itu, hakikatnya dalam proses pemilihan calon DUN Bukit Selambau, Anwar telah menipu semua masyarakat India di Bukit Selambau.
Bukan saja calon yang dipilih tidak dikenali oleh masyarakat India Bukit Selambau malah Manikumar sebelum ini tidak pernah memberi sebarang khidmat kepada masyarakat India di kawasan Bukti Selambau, tetapi atas dasar melobi Anwar buat keputusan pilih Manikumar. Pengundi di Bukit Selambau harus berfikir semasak-masaknya menjelang hari pembuangan undi 7 April ini. Jika memilih mengundi PKR atau Manikumar, bermakna rakyat Bukit Selambau akan terus ditipu oleh raja pembohong no.1 di dunia, Anwar Ibrahim.
Adakah rakyat Bukit Selambau sanggup mengadai masa depan anak-anak disebabkan oleh kesilapan yang sengaja dilakukan. Pilihlah dengan bijak buat pertimbangan yang semasak-masaknya.

No comments:

Post a Comment