04 April 2009

Pendedahan besar atau penipu besar!

Suasana dalam dewan masa ceramah Anwar di Bukit Selambau ketika ada gimik
' pendedahan gempar' pada sebelah malam Sabtu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan beliau masih hebat berceramah apabila berjaya menarik lebih 7,000 membanjiri dalam dan luar Dewan Hock Seng, Sungai Lalang dalam kawasan DUN Bukit Selambau, Sungai Petani Sabtu malam.Walaupun renyai-renyai,orang ramai terutama ahli dan penyokong PKR, DAP dan PAS mula berpusu-pusu sejak jam 8 malam kerana sejak Sabtu sudah heboh kononnya Ketua Pembangkang itu akan bikin gempar untuk umum satu perkara yang cukup besar. Antaranya,orang kanan Penasihat PKR itu,Saifuddin Nasution ingatkan para wartawan bahawa para pengarang mereka pasti marah jika tak datang ke ceramah itu kerana sesuatu yang gempar pasal Datuk Seri Najib Tun Razak akan didedahkan oleh Anwar malam itu.Menunggulah semua mereka dengan setia sambil mendengar beberapa pemimpin pembangkang bersilih ganti berceramah menghentam kerajaan termasuk ahli parlimen PKR Padang Serai, S.Gobalakrishnan.Beliau mendakwa ada laporan polis oleh seorang individu di Kuah, Langkawi, Sabtu terhadap calon BN, Datuk S.Ganesan yang dikatakan melesapkan duit pembeli rumah pada tahun 1999.Anwar hanya tiba di dewan itu kira-kira jam 11.15 malam.Bagaimanapun, Ketua Umum PKR itu yang hebat berucap juga hebat memperdaya lebih 7,000 orang yang tidak berganjak untuk mendengar pendedahan besar di majlis itu. Kesimpulan, semua yang hadir tanpa disedari tertipu kerana Anwar tidak mendedahkan apa-apa yang mengejutkan hingga ke akhir ceramah berkempen bagi calon PKR, S.Manikuar sebaliknya berkata, akan buat demikian lepas menang tiga pilihanraya kecil ini.“Kita sudah bincang semalam dan kita jangka.. kalau kita buat pengumuman itu malam ini, risikonya besar. Sebab itu saya mahu pada 7 haribulan, kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang dan menang di Batang Ai, dan saya akan buat pengumuman itu,” katanya.Jelas Anwar hanya bikin gimik untuk lihat betapa ramai yang mahu mendengar ceramahnya selepas ada dakwaan mengatakan beliau tidak dilayan oleh penduduk Iban di Batang Ai ketika berkempen di kawasan itu beberapa hari lalu. Agenda daily

No comments:

Post a Comment