30 March 2009

Tolak PKR yang gagal laksana mandat

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata rakyat mesti menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Bukit Selambau kerana wakil parti itu gagal menunaikan tanggungjawab apabila diberi peluang sebelum ini. "Bagi kita Barisan Nasional (BN,) calon kita tidak pernah lari dari menunaikan tanggungjawab jika diberi kepercayaan oleh pengundi bahkan kita terus menjalankan tugas dengan komited meskipun ada penolakan rakyat pada pilihan raya lalu," katanya pada sidang media selepas taklimat pilihan raya di bilik gerakan BN di sini. Hadir sama calon BN, Datuk S Ganesan, Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Ali Yahya.
Muhyiddin berkata, pengundi juga tidak perlu keliru untuk membuat pilihan berikutan bilangan calon Bebas yang terlalu ramai pada pilihan raya kecil Bukit Selambau. "Rakyat perlu fokus dan menilai dengan baik kerana calon Bebas tidak mewakili mana-mana ideologi politik dan langsung tiada pendirian dalam perjuangan. Mereka berjuang atas kepentingan diri.

No comments:

Post a Comment